SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

10 Mac 2018 - Sempena dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Bintang Utara, pihak sekolah di bawah Unit ICT dan Multimedia telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada umum khususnya kepada ibu bapa mengenai laman web sekolah yang berwajah baru dan juga saluran Youtube bagi mendokumentasikan laporan sekolah dalam bentuk video. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah bertempat di Frog Classroom pada pukul 10 pagi. Walaupun banyak sekolah telah menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dalam menyampaikan info sekolah, di SKSBU kami masih percaya laman web masih kekal relevan dengan ciri-ciri istimewanya dalam menyampaikan maklumat.


10 Mac 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ismail Bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Persembahan Gendang Cina membuka tirai mesyuarat tahun ini. Pelbagai isu telah dibincang, diambil tindakan dan diselesaikan demi kepentingan anak-anak. Turut berlangsung semasa mesyuarat ialah pelancaran laman web baru sekolah dan saluran Youtube bagi memaparkan dokumentasi aktiviti sekolah dalam bentuk video.

Pada perhimpunan minggu ke-9 yang lalu (Isnin 26 Feb 2018), telah diumumkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh murid-murid SK Seri Bintang Utara. Berikut adalah kejayaan tersebut.

1) Kursus Kenaikan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) WPKL

Tahniah di atas kejayaan dua orang murid Tahun 6 iaitu Muhammad Adam dan Imran yang telah menerima kenaikan pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pangkat Sarjan merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai bagi seorang anggota TKRS. Kursus Kenaikan Pangkat ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMK Taman Tun Dr Ismail pada 23-25 Feb yang lalu melibatkan seluruh anggota TKRS sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid telah diuji dengan pelbagai kemahiran seperti kawad kaki, ikatan tali, pandu arah, kraf dan sebagainya bagi melayakkan sesoeorang itu dianugerahkan dengan pangkat. 

Tahniah diucapkan sekali lagi. Sebagai pemegang pangkat (Rank Holder), jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. 


2) Bintang Kecemerlangan Tahun 6 #1

Bintang Kecemerlangan ini merupakan pengiktirafan khusus kepada murid tahun 6 yang mencapai semua A dalam setiap ujian penilaian/peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi ujian diagnostik yang telah dijalankan, seramai 3 orang murid mendapat pengiktirafan ini. Semoga akan lebih ramai murid yang akan naik ke pentas bagi menerima bintang kecemerlangan ini pada ujian/penilaian yang seterusnya.

Tahniah!

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

71871
Hari IniHari Ini195
SemalamSemalam201
Minggu IniMinggu Ini807
Bulan IniBulan Ini5565