Blog
JUL
23
Minggu Sihat Doktor Muda
23 Julai 2019 07.30am -12.00pm


23 Julai 2019 (Selasa)Julung kali diadakan kerjasama antara Kelab Dr Muda SKSBU dan Jabatan Kesihatan Cheras. Acara bermula 7.45 pagi dengan ucapan Guru Besar, Puan Noriah Bt Hj Ismail. Seterusnya bacaan ikrar dan nyanyian lagu Kelab Dr Muda oleh ahli kelab Dr Muda. Gimik pelancaran iaitu pelepasan burung merpati merupakan simbolik kepada kebebasan setiap individu untuk memilih menjadi sihat. Senamrobik turut diadakan oleh murid Kelab Dr Muda tahun 3 dan dibimbing oleh guru praktikum. Acara bermain sambil menderma diteruskan sehingga jam 12.30 tengah hari. Pelbagai permainan menjana minda seperti memancing nyamuk, Laluan Sonik dan Saya Hero turut diadakan. Kepada murid yang berjaya melepasi permainan tersebut, hadiah boleh dituntut serta merta di meja penganjur. Setiap permainan hanya perlu mendapatkan kupon dengan membayar RM1 di meja penganjur. Pertandingan mewarna tahap 1 dan pertandingan melukis poster untuk tahap 2 juga turut diadakan. Program berjalan dengan baik dan lancar. Kutipan sumbangan digunakan srpenuhnya untuk membaik pulih bilil Dr. Muda.

Gambar sekitar program, klik sini.


13 Julai 2019 (Sabtu) -
Penganjuran pertandingan yang julung kali diadakan di peringkat sekolah ini adalah inisiatif Unit Kokurikulum Sekolah bagi memberi peluang murid-murid menyerlahkan keupayaan masing-masing melalui persaingan yang sihat dalam permainan yang sedang trending ketika ini iaitu Beyblade. Beyblade sebenarnya berasal dan dicipta oleh sebuah syarikat mainan kanak-kanak di Jepun iaitu Takara Tomy dan dipasarkan bermula Julai 1999. Walaupun telah lama diperkenalkan, baru kini, ia menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak di negara kita. Pertandingan ini malah wujud di peringkat antarabangsa!

Di peringkat sekolah, pertandingan ini mendapat sambutan sangat hebat apabila menerima lebih dari 200 penyertaan. Pertandingan dijalankan melalui format penyingkiran di mana individu yang kalah dalam 3 pusingan pertarungan tersingkir dari pertandingan. Setelah melalui beberapa siri pertarungan, pertandingan akhir menyaksikan pertembungan antara Muhammad Farish Daniel (5K) dan Muhammad Arshad (4I). Pertarungan sengit perlawanan akhir ini telah menyaksikan Muhammad Arshad muncul juara edisi sulung kejohanan ini. Tahniah!

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Penglibatan murid melalui aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menghindarkan murid dari terlibat dalam gejala sosial.

Foto sekitar kejohanan di sini.

22 Jun 2019 (Sabtu) - SK Seri Bintang Utara telah menghantar kontinjen seramai 29 orang murid ke Putrajaya untuk menyertai Karnival Citranovasi dan Ceritera Sahabat Pengakap anjuran SK Putrajaya Presint 9(2), salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dalam negara. Pertandingan bertaraf kebangsaan ini telah menyaksikan beberapa pencapaian yang membanggakan oleh kontinjen sekolah. Daripada 15 jenis pertandingan yang ditawarkan, SKSBU telah menyertai sebanyak 9 jenis acara. Berikut merupakan pencapaian sekolah dalam karnival tersebut :

Pencapaian Pertandingan
 Emas  1. Roket Air (Sasaran)
 2. Pandu Arah (TKRS)
 Perak  1. Kuiz Bijak Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
 2. Bantu Mula (BBSM)
 3. Gubahan Bunga (Puteri Islam)
 Gangsa  1. Kuiz Bijak Sains
 2. Kuiz Bijak Matematik
 3. Sudoku
 4. Memasak (Pandu Puteri Tunas)

Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing yang komited dalam melatih tanpa mengira masa.

Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.
Anda juga boleh klik pautan galeri foto dan video yag terdapat disebelah kanan laman web untuk aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Jangan lupa subscribe Saluran Youtube Sekolah, Bintang Broadcasting Studio.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

269538
Hari IniHari Ini336
SemalamSemalam726
Minggu IniMinggu Ini1596
Bulan IniBulan Ini9143