SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog
Pada 5 September 2018 yang lepas, seramai 14 pelajar Tahun 3 SK Seri Bintang Utara telah mewakili sekolah dalam pertandingan Action Song peringkat negeri anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di SK Taman Tun Dr Ismail (1). Terima kasih kepada ibu bapa dan PIBG sekolah yang turut sama membantu dalam menjayakan sesi latihan dan pertandingan yang dijalankan.
1. Qooco Asia Spelling Cup


Pada 18 Ogos 2018, 2 orang murid SK Seri Bintang Utara, Farzana bt Md Azhar & Saniyyah bt Shah Jahan, dari kelas 4 Bestari telah mewakili Malaysia ke Pertandingan Qooco Asia Spelling Cup di Singapura. Kedua-dua murid berkenaan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ke 5 dan mendapat tempat top 10 bagi pertandingan tersebut. Pencapaian ini meneruskan rekod cemerlang penglibatan SKSBU dalam pertandingan tersebut khususnya dan acara antarabangsa amnya.
Tahniah diucapkan kepada Farzana & Saniyyah. Diharapkan murid-murid lain turut serta dalam pertandingan tahun-tahun mendatang.

2. Go English Project


Pada 21 Ogos 2018, seramai 10 orang murid telah mewakili sekolah untuk menerima plak, sijil dan hadiah daripada penganjur program Go English Project di English Language Teaching Centre (ELTC). Murid-murid ini mewakili semua murid tahap 2 SK Seri Bintang Utara yang telah menghantar penyertaan mereka melalui poster, video dan podcast untuk program tersebut. Tajuk pada tahun ini ialah "Time Capsule". Ini merupakan tahun kedua penglibatan SKSBU dalam projek antarabangsa ini.
Sukacita dimaklumkan bahawa SKSBU ialah sekolah rendah dengan penyertaan tertinggi sebanyak 453 orang peserta. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada murid-murid, ibubapa dan guru-guru yang telah berjaya menyumbang untuk program ini.

Selain daripada menyertai pertandingan di bawah KPM, murid-murid SK Seri Bintang Utara turut menyertai pertandingan anjuran persatuan luar atas inisiatif ibu bapa yang komited dalam mengembangkan potensi anak masing-masing. Antara kejayaan yang diperoleh ketika ini adalah melalui sukan taekwando, badminton dan memanah.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

64410
Hari IniHari Ini133
SemalamSemalam219
Minggu IniMinggu Ini579
Bulan IniBulan Ini3402