Penambahbaikan Prosedur Kod QR
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Pembukaan Semula Sekolah
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog
Sukacita dimaklumkan, sesi persekolahan akan bersambung semula pada Rabu, 15 Julai 2020. Murid-murid tahun 5 & 6 akan kembali ke sekolah pada tarikh tersebut manakala murid-murid yang lain di tahun 1, 2, 3 dan 4 akan meneruskan pembelajaran di bilik darjah bermula 22 Julai 2020. Berikut disertakan surat makluman, video simulasi, maklumat-maklumat berkaitan dan pautan jadual waktu;
Tonton video simulasi di bawah untuk memudahkan tatacara perekodan kehadiran dan bacaan suhu murid-murid.
Penggunaan 'QR code keychain' bagi merekodkan kehadiran dan bacaan suhu murid-murid;
Klik di sini untuk lihat dan muat turun jadual waktu siri khas normal baru tahun 2020.
Selamat Bersara Puan Siti Hanim
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Selasa 30 Jun 2020 merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Siti Hanim binti Ismail, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid SK Seri Bintang Utara dalam perkhidmatan awam. Justeru, Kelab Guru & Kakitangan SKSBU telah berbesar hati merancang & menganjurkan Majlis Persaraan & Sanjungan Kasih khas untuk beliau. Majlis disambut secara sederhana demi memastikan kepatuhan kepada penjarakan sosial dan keperluan norma baru. Namun demikian, warga SKSBU bersyukur dapat berada bersama untuk menghargai jasa dan pengorbanan beliau sambil mengimbau kenangan memori lalu bersama.
Kami ucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan sumbangan Puan Siti Hanim sepanjang perkhidmatan di SKSBU dan keseluruhan 35 tahun beliau di dalam perkhidmatan awam.
Buku program, video tribute dan galeri gambar akan menyusul...
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Pada 30 Jun 2020, SK Seri Bintang Utara telah melangsungkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis diadakan untuk memberi penghormatan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun perkhidmatan 2019. Kebiasaannya, majlis sebegini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan namun diubah kepada skala lebih kecil di peringkat sekolah demi menyambut keperluan pematuhan norma baru. Majlis dipengerusikan oleh En Mohd Syahir Abd Wahab dan Pn Hafizah Mohd Yusop. Anugerah telah disampaikan oleh Guru Besar SKSBU, Pn Noriah Bt Hj Ismail. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua 6 penerima anugerah. Pengiktirafan dan penghargaan diharap mampu terus menyuntik semangat bagi meneruskan kejayaan dan kegemilangan SK Seri Bintang Utara.
Galeri gambar akan menyusul...
Penyampaian Sumbangan Tabung Prihatin Covid 19 Sempena Aidilfitri
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Di kesempatan ini, pihak Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) SK Seri Bintang Utara ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SK Seri Bintang Utara. Semoga Syawal ini penuh bermakna walaupun kelaianan norma.