LAMAN UTAMA

Bicara Guru Besar

Pilihan Kata-Kata Guru Besar

e-learning (VLE)

Portal Pembelajaran Digital KPM yang baru diperkenal dan berkuatkuasa bermula Julai 2019. Portal pembelajaran baru ini adalah berasaskan G Suite.

Pusat Sumber

Pusat Sumber i-LC menyediakan pelbagai kemudahan literasi maklumat terkini

Permohonan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) kemasukan murid ke Tahun 1 Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia) ambilan 2019/2020 akan dibuka mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018.

Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
Kemasukan Tahun 2019 Kemasukan Tahun 2020
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2013 hingga 1.1.2014

Cara Mendaftar Murid Tahun 1 2019/2020

Aplikasi permohonan/pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui URL di bawah :

public.moe.gov.my

Penting !!!!!
♦ Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

Bagi permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. 

Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :
  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Dokumen Asal berserta 1 salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Dokumen Asal berserta satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Sijil lahir kakak/abang yang bersekolah di SK Seri Bintang Utara.
  4. Surat nikah / surat cerai (Dokumen Asal dan 1 salinan)
  5. Salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu/bil astro untuk bukti tempat tinggal.
  6. Sampul surat berwarna putih dan beralamat sendiri (saiz 4x9/11.5cmx24.5cm) bersetem RM1
  7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  8. Salinan imunisasi bahagian suntikan dan Surat Akuan Suntikan

Info Pejabat SK Seri Bintang Utara klik sini.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2019/2020 

Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/Ogos 2018 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk permohonan yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

921509
Hari IniHari Ini66
SemalamSemalam697
Minggu IniMinggu Ini3418
Bulan IniBulan Ini19199