SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
LAMAN UTAMA

Bicara Guru Besar

Pilihan Kata-Kata Guru Besar

e-learning (VLE)

Portal Pembelajaran Digital KPM yang baru diperkenal dan berkuatkuasa bermula Julai 2019. Portal pembelajaran baru ini adalah berasaskan G Suite.

Pusat Sumber

Pusat Sumber i-LC menyediakan pelbagai kemudahan literasi maklumat terkini

Muat Turun

Logo Sekolah Versi Penuh

Klik butang Muat turun untuk simpan logo
Muat Turun

Logo Sekolah Versi Hitam Putih

Klik butang muat turun untuk simpan logo
Muat Turun

Logo Sekolah Versi Putih Sahaja

Klik butang muat turun untuk simpan logo

Pengertian Logo

Crest
Warisan (Heritage) dari SK(P) Bukit Bintang (1) - BBGS
2 Bukit
Semangat setiakawan dalam menjayakan pelaksanaan Sekolah Bestari antara sekolah rendah dan sekolah menengah
Bintang Bersinar
Melahirkan pelajar yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, berilmu dan berpendidikan sepanjang hayat.
Bukit dan Bintang
Melambangkan untuk mencapai kejayaan perlu ada kesungguhan dan usaha tinggi dan persefahaman.

Warna Hijau
Keharmonian, persefahaman dan kekeluargaan dalam segala hal.


Warna Merah

Kejituan dan kekentalan semangat


Warna Putih

Ketelusan dan keikhlasan


VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.


MOTO

Tanpa Tuhan Tiada Segalanya

Suatu perjalanan...

Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai SK (P) Bukit Bintang (1) atau singkatannya BBGS (1) - Bukit Bintang Girl School yang terletak di Jalan Bukit Bintang, di tengah kota raya Kuala Lumpur.  Dikenali sebagai BBGS(1) secara rasmi pada 1.1.1958 dan merupakan salah sebuah sekolah premier. Kejayaan paling manis apabila BBGS(1) diiktiraf sebagai sekolah kedua terbaik pencapaian UPSR dalam negara pada tahun 1999. Pada tahun sebelum itu juga iaitu tahun 1998, sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah projek rintis bestari. Sekolah yang terlibat adalah sebanyak 88 buah sekolah seluruh negara. Prasarana sekolah pada ketika itu tidak dapat menampung keperluan sekolah bestari, maka tapak baru telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan tersebut. 

Disebabkan kegawatan ekonomi ketika itu, perpindahan yang dijadualkan tertangguh sebanyak 2 kali. Akhirnya pada penghujung bulan November 2000, hajat dan impian para guru, murid dan ibu bapa untuk berpindah ke bangunan baru tercapai jua. Tarikh 2 Januari 2001 terpahat dalam sejarah sekolah apabila sekolah mula beroperasi di sebidang tanah berukuran 20 hektar yang terletak di Taman Shamelin Perkasa dengan kekuatan guru pada ketika itu seramai 34 orang guru dan 3 orang staf pentadbiran. Sekolah kini dikenali sebagai SK Seri Bintang Utara (SKSBU) dan guru besar ketika itu ialah Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim. Tapak lama sekolah telah dirobohkan dan dibangunkan sebuah kompleks beli-belah terkenal iaitu Pavilion. 

Pada tahun 2003 pula sekali lagi senario sekolah berubah apabila SKSBU mula menerima kemasukan murid-murid lelaki dimana sebelum ini keseluruhan murid adalah murid-murid perempuan.

SKSBU sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi


Pada tahun 2010, sekolah menerima pengiktirafan paling tinggi dalam sejarah apabila dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kumpulan pertama - Kohort 1. Ketika itu hanya 20 buah sekolah sahaja terpilih dan 6 daripadanya adalah sekolah rendah dan sekarang terdapat hampir 100 lebih buah sekolah SBT dalam negara.

Tahun 2014, KAFA SK Seri Bintang Utara ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pendidikan fardhu ain dan al-Quran pada sebelah petang. Pada tahun 2015, sekolah sekali lagi diiktiraf dan kali ini sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Bangunan SK Seri Bintang Utara
Keratan Akhbar Berita Harian
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

1022848
Hari IniHari Ini694
SemalamSemalam625
Minggu IniMinggu Ini2933
Bulan IniBulan Ini9662