Pengurusan dan Pentadbiran


  • Pada 30 Jun 2020, SK Seri Bintang Utara telah melangsungkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis diadakan untuk memberi penghormatan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun perkhidmatan 2019. Kebiasaannya, majlis sebegini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan namun diubah kepada skala lebih kecil di peringkat sekolah demi menyambut keperluan pematuhan norma baru. Majlis dipengerusikan oleh En Mohd Syahir Abd Wahab dan Pn Hafizah Mohd Yusop. Anugerah telah disampaikan oleh Guru Besar SKSBU, Pn Noriah Bt Hj Ismail. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua 6 penerima anugerah. Pengiktirafan dan penghargaan diharap mampu terus menyuntik semangat bagi meneruskan kejayaan dan kegemilangan SK Seri Bintang Utara.

    Galeri gambar akan menyusul...
  • Berikut merupakan carta orginasasi unit kokurikulum SK Seri Bintang Utara untuk tahun 2020;
  • Berikut merupakan carta organisasi induk dan unit-unit kecil dalam Unit Kokurikulum SK Seri Bintang Utara untuk tahun 2021;




  • Berikut merupakan carta orginasasi unit hal ehwal murid SK Seri Bintang Utara untuk tahun 2020;



  • Berikut merupakan carta orginasasi unit kurikulum SK Seri Bintang Utara untuk tahun 2020;

  • 20 April 2019 (Sabtu) - Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan aktiviti gotong-royong pada tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini  adalah membersihkan kawasan taman herba, menanam dan menempatkan pokok-pokok hasil sumbangan ibu bapa, menampal simen lantai yang pecah, keceriaan tandas, membaiki gendang cina dan mengecat sekitar kawasan tempat letak kereta. Turut sama menjayakan program ini adalah ibu bapa Prasekolah (PEWARIS) yang hadir untuk keceriaan Prasekolah.

    Semoga usaha murni semua pihak ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa seterusnya menjadikan sekolah kawasan yang ceria dan selesa untuk anak-anak belajar. Pihak sekolah sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.


    Galeri foto di sini.
  • Berikut merupakan penggiliran tugasan Guru Bertugas mengikut kumpulan sepanjang tahun 2020;

  • Berikut merupakan penggiliran tugasan Guru Bertugas mengikut kumpulan sepanjang tahun 2021;


  • Cuti panjang sempena Hari Malaysia yang lalu dimanfaatkan sebaiknya oleh warga kerja SK Seri Bintang Utara dengan merancang perjalanan ke utara semenanjung merentasi sempadan negara. Perjalanan bermula pada sebelah malam hari Jumaat dan tiba di Padang Besar pada keesokan pagi. Suasana di sempadan sangat sesak apabila rata-rata rakyat Malaysia turut menggunakan peluang cuti panjang ini untuk bercuti di negara jiran. Hampir 4 jam barulah urusan di Imigresen selesai. Perjalanan diteruskan ke bandar Hatyai dengan mengikut program yang dirancang. Melalui percutian singkat ini, ahli rombongan berpeluang membeli-belah di kawasan tumpuan pelancong dan menikmati pelbagai jenis makanan di Khlonghae Floating Market dan bufet makanan laut yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Setelah seharian berjalan, pada keesokan hari (15 September), selesai sarapan pagi, ahli rombongan bersiap sedia untuk program seterusnya iaitu kembali semula ke tanah air dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah untuk lawatan penanda aras. Terima kasih kepada pihak pengurusan SKDWK atas perkongsian ilmu dan layanan mesra yang diberikan. Sekolah yang hebat dalam pencapaian kokurikulum dan keberhasilan kemenjadian murid. Semoga terus cemerlang pada masa-masa akan datang. 

    Klik sini untuk gambar-gambar sepanjang program.
    Klik sini untuk rangkuman video di Hatyai
    Klik sini untuk rangkuman video di SK Dato' Wan Kemara.
  • 5 April 2019 - Hari Bicara Ilmu merupakan peluang kepada ibu bapa dan guru kelas untuk membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak. Bagi murid-murid Tahap 2, perbincangan menjurus kepada ujian yang baru sahaja selesai dijalankan sebelum cuti pertengahan semester yang lalu. Bagi murid-murid tahap 1, tiada lagi peperiksaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perbincangan lebih kepada keupayaan murid menguasai atau tidak menguasai pentaksiran mata pelajaran yang dijalankan secara berterusan oleh guru dalam bilik darjah.  

    Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'. 

    Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.

    Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.

    Foto sekitar program, klik sini.
  • Salam sejahtera,
    Berikut dilampirkan jadual pembelian buku di kedai buku sekolah untuk permulaan sesi pembelajaran 2021. Mohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk mematuhi jadual yang ditetapkan bagi melancarkan pengurusan kedai buku sekolah. Terima kasih.

  • 26 Julai 2019 (Jumaat)
    - Seramai 8 orang guru termasuk Guru Besar, Pn Noriah Bt Ismail bersama 4 orang murid terdiri daripada AJK Tertinggi Pengawas Sekolah berpeluang ke Singapura untuk Program Jaringan Ilmu bersama CHIJ Our Lady of the Nativity (CHIJ OLN). Melalui program tersebut, pihak sekolah berasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di CHIJ OLN, salah sebuah sekolah terbaik di Singapura. Kedua-dua sekolah turut berkongsi ilmu mengenai sistem pendidikan terkini yang menjadi amalan negara masing-masing. Dapatan melalui program ini, SKSBU diharap dapat menambah baik amalan PdPC terutamanya dalam bidang ICT. Untuk pengetahuan juga, kolaborasi bersama CHIJ OLN juga sebenarnya telah bermula pada tahun 2010 lagi apabila SKSBU mula diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Kedua-dua sekolah saling berbalas kunjungan. Program pada tahun ini merupakan kunjungan kali ketiga SKSBU ke CHIJ OLN. Terima kasih CHIJ OLN atas kesudian menerima kunjungan kami.

    Saksikan rangkuman lawatan melalui video di bawah dan jangan lupa subscribe saluran rasmi youtube sekolah, Bintang Broadcasting Studio.

    Foto sekitar program, klik sini.

  • Pada Rabu 22 Julai 2020, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Senator Dr Radzi Jidin meluangkan masa beliau untuk melihat keadaan hari pertama anak-anak Tahun 1 hingga Tahun 4 di SK Seri Bintang Utara. Beliau menghargai peranan guru dan ibu bapa dalam memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak di sekolah.
    Terima kasih warga SKSBU!



    Klik sini untuk melihat entry Facebook YAB Menteri Pendidikan.
    Galeri gambar akan menyusul..

  • 16 Mac 2019 (Sabtu) - Terima kasih atas kesudian SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar (SKSI II) memilih SK Seri Bintang Utara sebagai destinasi pilihan untuk mengadakan lawatan penanda aras. SKSI II juga merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Rombongan SK Sultan Idris II hadir diketuai guru besarnya, Pn Hjh Hamsiah Bt Abang Mohtar bersama 37 ahli rombongan. Turut hadir menyertai rombongan ini ialah NYDP PIBG dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Nasib, Pn. Yong Rosidah Bt Abd Jabar. Kehadiran rombongan lebih kurang pukul 10 pagi disambut dengan persemabahan Gendang Cina, Tarian Selamat Datang dan Nyanyian Arab. Rombongan kemudian dibawa untuk sesi taklimat bersama guru besar dan sesi menandatangani Memerondum Persefahaman (MoU). Selesai menandatangani MoU dan penyampaian cenderahati, rombongan dibawa melawat ke bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas antaranya, Bintang Broadcasting Studio, Pusat Sumber i-LC, Bilik Audio Visual, Bilik Multimedia, Surau dan Frog Classroom.

    Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dibawa pulang. Sekiranya ada kelemahan dan kekurangan dari pihak kami, mohon ribuan kemaafan. Semoga jaringan kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih daun keladi atas kunjungan. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bersara kepada guru besar SKSI II, Pn Hjh Hamsiah yang bersara dalam masa terdekat ini. 

    Gambar sekitar lawatan, klik sini.
    Video sekitar lawatan, klik sini.

  • 16 Mei 2019 - Sempena Sambutan Hari Guru, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama keluarga di Laman Bestari.  Pada majlis beginilah keluarga besar SK Seri Bintang Utara dapat berkumpul dan beramah mesra bersama. Tahniah kepada BKGK atas penganjuran majlis ini dan terima kasih atas kehadiran semua.
    Foto sekitar majlis di sini.

  • 23 Mei 2019 - Program tahunan SK Seri Bintang Utara anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Moral setiap kali bulan Ramadan ini berlangsung seperti yang dirancang. Majlis Khatam al-Quran berlangsung di Surau Siti Khadijah al-Khuwailid bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi . Terima kasih atas kehadiran AJK PIBG dan ibu bapa yang turut memeriahkan program ini. Pihak sekolah turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang bermurah hati memberi sumbangan bagi menjayakan Majlis Khatam al-Quran ini. 
    Bagi Program Penghayatan Moral pula, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi murid-murid bukan beragama Islam. Program telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah dan bilik darjah.

    Foto sekitar majlis di sini.
  • SK Seri Bintang Utara mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga SKSBU. Butir-butir cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina adalah seperti surat makluman di bawah;
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

783062
Hari IniHari Ini354
SemalamSemalam457
Minggu IniMinggu Ini713
Bulan IniBulan Ini6027