19 Januari 2018 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 19 Januari 2018 bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.