Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform diadakan pada hari Isnin minggu ke-3 setiap bulan. Guru dan murid-murid Tahap 2 dikehendaki memakai uniform lengkap badan beruniform masing-masing. Jawatankuasa tertinggi setiap badan beruniform akan mengendalikan perhimpunan rasmi mengikut giliran. Perhimpunan Bulanan pertama tahun ini telah dilaksanakan pada hari Isnin yang lalu (15 Januari 2018).
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan
Kekal Berhubung Bersama Kami
Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja. Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter.