
Pada 10 hingga 13 Ogos 2018 yang lalu , Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan PPT telah dijalankan bertempat di Wisma Pandu Puteri Kuala Lumpur , Brickfield. Sebanyak 6 buah sekolah rendah dengan penyertaan seramai 62 orang ahli PPT Kuala Lumpur . Dari SKSBU ahli PPT yang terlibat adalah seramai tujuh orang . Kesemua mereka telah melalui 5 ujian dan cabaran Lencana Kecekapan sebelum ke cabaran Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya peringkat kebangsaan pada Oktober 2018 yang akan berlangsung di Johor Bharu .