06 Mac 2019 - Tahniah di atas pencapaian hebat atlet sekolah dalam Kejohanan Olaharaga Zon Pudu yang berlangsung pada 18-22 Februari 2019 lalu bertempat di Stadium Mini Seri Permaisuri. SKSBU pada tahun ini telah menghantar kontingen seramai 24 orang atlet untuk mengambil bahagian dalam acara larian 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 10 Tahun.. Berikut adalah pencapaian murid dalam kejohanan tersebut :

Acara Pencapaian Peserta
 200 m (Kategori B12L)  Emas  Muhammad Hadif Zikri (6D)
 Lontar Peluru (Kategori B10L)  Emas  Muhammad Naufal (4I)
 100 m (Kategori B12L)  Perak  Muhammad Hadif Zikri (6D)
 100 m (Kategori B10L)  Gangsa  Muhammad Irfan (4D)
 200 m (Kategori B10L)  Tempat Ke-4  Muhammad Irfan (4D)
 4x200 m (Kategori B12L)  Tempat Ke-4  Muhammad Hadif Zikri (6D), Raihan 
 Al-Azzam (6C), Irfan Aqil (6B),
 Kishen (6C) dan Saran (6K)

Secara keseluruhan, SKSBU menduduki tempat ke-6 dalam senarai kutipan pingat. Pencapaian terbaik SKSBU dalam tempoh 10 tahun. Tahniah kepada para jurulatih iaitu Cikgu Shahril, Cikgu Ahmad Nizam dan Ustaz Syamil dan semua peserta yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan SBU pada tahun ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk SBU terus mengukir nama dalam arena sukan negara smile

Galeri foto klik sini
Galeri Video klik sini