
Pada Isnin, 10 Februari 2020, unit Bimbingan & Kaunseling SK Seri Bintang Utara melancarkan program Ziarah Cakna. Program dirasmikan oleh YDP PIBG SKSBU, En Hakim bin Hamzah. Majlis menyebut tentang sokongan moral, sumbangan dana, keprihatinan, sumbangsara & pelbagai hal yang melibatkan kebajikan murid & waris. Selain itu, murid diingatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak pasti terutamanya mengenai coronavirus.