
Seperti kelazimannya, pelbagai usul telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bagi menjamin keselesaan dan keseronokan anak-anak belajar di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan turut sama memberikan idea dan buah fikiran yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.
Selah pelbagai usul dibahas dan dibentangkan, agenda seterusnya yang turut dinantikan adalah memilih dan melantik jawatankuasa yang baru bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan jawatankuasa sebelum-sebelumnya. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada En Hakim Bin Hamzah apabila diberi peluang dan kepercayaan sekali lagi untuk menerajui kepimpinan PIBG pada tahun ini. Ini adalah tahun ketiga En Hakim dilantik sebagai YDP PIBG. Jawatankuasa pada tahun 2020/2021 turut menampilkan beberapa muka baru. Adalah diharapkan, gandingan kerjasama jawatankuasa pada kali ini dapat mengekalkan momentum prestasi sedia ada malah ditambah baik dari tahun sebelumnya.