Blog

17 Jan 2018 - Program Nilam merupakan satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di peringkat sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif membaca. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Noriah Bt Ismail, Guru Besar SK Seri Bintang Utara. Dalam majlis yang sama, Panitia Bahasa Inggeris turut melancarkan Program Reading Rocks bertujuan memberi galakan kepada murid membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris. Pada tahun ini, Panitia Bahasa Inggeris akan mewujudkan Reading Box di setiap kelas. Upacara penyerahan Reading Box disempurnakan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris kepada Puan Noriah Bt Haji Ismail sebagai simbolik bermulanya Program Pembaca Bahasa Inggeris 2018. Pelengkap kepada majlis pelancaran tersebut adalah persembahan story telling oleh adik Adeena Salimee (5 Bestari).

Bermula tahun 2018, Program NILAM telah ditambahbaik daripada tahun-tahun sebelumnya. Penerangan mengenai program akan disampaikan oleh Guru Pusat Sumber (En Muizzuddin), Penyelaras NILAM (Pn Saraswathy/Pn Ainul) dan juga guru-guru kelas dari masa ke masa. Secara ringkasnya, bermula tahun ini, pengiktirafan akan menggunakan sistem bintang berbanding sistem lama menggunakan pengiktirafan Gangsa, Perak, Emas, Jauhari sehinggalah Rakan Pembaca. Grafik di bawah menunjukkan pengiktirafan yang akan diberikan kepada murid berdasarkan jumlah buku yang dibaca.



Gambar sekitar majlis di sini


 
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

921358
Hari IniHari Ini612
SemalamSemalam1506
Minggu IniMinggu Ini3267
Bulan IniBulan Ini19048