Kem Kepimpinan Sekolah
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 3967
30 Jan 2018 - Pada hujung minggu yang lalu, Pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah dengan penglibatan hampir 170 orang peserta. Penglibatan peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Jawatankuasa Tertinggi Badan-badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan.
Kem yang dijalankan selama 3 hari 2 malam tersebut dikendalikan oleh konsultan luar dengan pelbagai pengisian bagi pemantapan kemahiran memimpin, fizikal dan kerohanian para peserta. Melalui slot-slot yang ada, para peserta diterap agar dapat bekerja dalam satu kumpulan, saling tolong-menolong dan berupaya memberikan pendapat. Selain latihan dalam kumpulan, murid berpeluang melakukan abseiling bagi menguji daya tahan dan keberanian murid serta slot aktiviti kerohanian.
Semoga pengalaman dan tunjuk ajar yang diperolehi membantu para peserta menjadi pemimpin cilik yang berupaya membantu pihak sekolah dalam bidang tugas yang telah diamanahkan.