Blog

Pada 30.01.18 yang lalu, Panitia Sejarah dengan kerjasama Kelab Rukun Negara telah menganjurkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat sekolah di Laman Bestari. Sambutan tersebut telah bermula pada pukul 7:40 pagi dan berakhir pada pukul 8:30 pagi yang melibatkan semua guru dan murid. Atur cara majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan lagu Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar iaitu Puan Noriah binti Abd Ghani. Kemudian, guru besar berserta para guru penolong kanan telah menarik tirai di papan pameran sebagai simbolik perasmian majlis. Persembahan semula Deklarasi Pemasyhuran Wilayah Persekutuan telah dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis diakhiri dengan kuiz bertemakan Wilayahku Kebanggaanku yang telah  dikendalikan oleh Encik Taufiq.


       Hasil jalinan kolaboratif dengan pihak Jabatan Arkib Negara Malaysia dengan Panitia Sejarah telah membolehkan pihak sekolah  mendapatkan bahan pameran sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini. Pihak Jabatan Arkib Negara Malaysia telah berbesar hati untuk memberikan bahan pameran yang bertajuk Kuala Lumpur: Dahulu dan Kini. Papan pameran ini akan ditempatkan di pusat sumber sekolah dan boleh diakses oleh murid-murid yang mengunjungi pusat sumber pada setiap hari.

Gambar sekitar majlis di sini.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

765909
Hari IniHari Ini192
SemalamSemalam406
Minggu IniMinggu Ini1523
Bulan IniBulan Ini11041