09 Feb 2018 (Jumaat) - Pemimpin sekolah yang dilantik ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Duta Penggerak Digital (DMC), Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan skuad Combi.
Dalam majlis tersebut, pemimpin cilik ini telah menerima watikah pelantikan seterusnya membaca ikrar untuk menerima tanggungjawab yang diberi. Bacaan ikrar diketuai Adik Puteri Nisa (Pengawas Sekolah), Adik Nursofiya (Pengawas PSS) dan Adik Airil Luqman (mewakili DMC, Pengawas SPBT, Skuad Combi dan PRS). Majlis turut dihadiri YDP PIBG, En Md Fauzee dan NYDP PIBG, En Hakim Hamzah.
Tahniah! Semoga amanah yang diberi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Lagi gambar sekitar majlis di sini.