Blog

21 Julai 2018 (Sabtu) - Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama membantu dalam aktiviti gotong-royong perdana pada tahun ini. Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi di Anjung Sekolah. Selesai sarapan pagi, satu majlis ringkas pelancaran HIP (High Immersive Program) telah diadakan di suatu sudut khas di Laman Bestari bertujuan memberi pendedahan terus kepada ibu bapa yang hadir mengenai program baru Kementerian Pendidikan ini. Penerangan telah disampaikan oleh wakil PIBG Pn Mohny Devi dan pelancaran oleh En Hakim Bin Hamzah (YDP PIBG). Seterusnya program diisi dengan persembahan Story Telling oleh adik Uzma Batrisyia dari Tahun 6 Bestari.


      Aktiviti gotong-royong dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi. Para guru dan ibu bapa yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tugasan masing-masing. Antara tugas yang telah diperincikan adalah mengecat kawasan parkir kereta dan motosikal, membaiki meja dan kerusi murid serta rehal surau, mencantas pokok, keceriaan taman dan pembersihan longkang. Turut diceriakan pada hari tersebut ialah tandas murid. 

     Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa berganding bahu bagi memastikan sekolah dalam keadaan yang selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekalung penghargaan juga kepada pihak DBKL yang turut sama membantu dalam usaha memotong dan mencantas pokok di sekitar kawasan sekolah dengan penggunaan jentera-jentera berat yang dimiliki.

Galeri foto sekitar program klik sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

921294
Hari IniHari Ini548
SemalamSemalam1506
Minggu IniMinggu Ini3203
Bulan IniBulan Ini18984