Mesyuarat Agung PIBG Ke-45 2019
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 2379
23 Februari 2019 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tahun ini berjalan dengan suasana lancar dan harmoni. Pada tahun ini, kehadiran ibu bapa dan buku mesyuarat telah menggunakan sistem QR Code dimana ibu bapa dikehendaki mengimbas QR Code melalui telefon pintar masing-masing untuk mendaftar kehadiran dan memuat turun buku mesyuarat. Melalui kaedah ini, proses pendaftaran menjadi lebih cepat dan penjimatan kertas dapat diaplikasi sebaik mungkin. Kehadiran ibu bapa pada tahun ini turut menggalakkan.
Seperti kelazimannya, pelbagai usul telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bagi menjamin keselesaan dan keseronokan anak-anak belajar di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan turut sama memberikan idea dan buah fikiran yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.
Setelah pelbagai usul dibahas dan dibentangkan, agenda seterusnya yang turut dinantikan adalah memilih dan melantik jawatankuasa yang baru bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan jawatankuasa sebelum-sebelumnya. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada En Hakim Bin Hamzah apabila diberi peluang dan kepercayaan sekali lagi untuk menerajui kepimpinan PIBG pada tahun ini. Ini adalah tahun kedua En Hakim dilantik sebagai YDP PIBG. Jawatankuasa pada tahun 2019/2020 turut menampilkan beberapa muka baru. Adalah diharapkan, gandingan kerjasama jawatankuasa pada kali ini dapat mengekalkan momentum prestasi sedia ada malah ditambah baik dari tahun sebelumnya.
Galeri gambar semasa mesyuarat berlangsung klik sini.
Dokumentasi video mesyuarat klik sini.
Senarai AJK PIBG 2019/2020 klik sini.