02 Mei 2019 (Khamis) - Duta Penggerak Digital (Digital Maker Champion) SK Seri Bintang Utara seramai 31 orang murid berpeluang ke KRU Academy, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil bagi mempelajari ilmu berkaitan fotografi dan videografi.
Duta Penggerak Digital sebelum ini dikenali sebagai Briged Bestari. Badan yang dilantik dalam kalangan murid ini berperanan sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah dan sebagai agen tranformasi dan kelestarian pembestarian sekolah. Untuk itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan agensi profesional bagi meningkatkan kemahiran ICT ahli-ahli Duta Penggerak Digital.
Di KRU Academy, Duta Penggerak Digital Sekolah berpeluang mempelajari ilmu berkaitan Mobilegraphy dan Suntingan Video (Video Editing). Kedua-dua kelas ini dikendalikan oleh Pensyarah Akademi iaitu En Sheheide Omar.
Tamat sesi pembelajaran teori dan praktikal, agenda disusuli dengan Majlis Menandatangani MoU dan Majlis Pelantikan Duta Penggerak Digital pada sebelah petang. Pihak sekolah rasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana watikah pelantikan disampaikan sendiri oleh Presiden Eksekutif dan CEO KRU Academy, Dato' Norman Abdul Halim.
Galeri Foto di sini.