Info Terkini


PERHATIAN :

  1. Mata Pelajaran Sains Tahun 1 hanya dijalankan dalam satu kertas sahaja untuk peperiksaan Sumatif 1 kali ini.
  2. Sesi pembelajaran akan dijalankan seperti biasa kecuali masa yang melibatkan peperiksaan .
  3. Diharapkan semua murid dapat menghadirkan diri pada tarikh yang berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan .


PENGUMUMAN PENTING PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SEPANJANG TAHUN 2018
SEKRETARIAT PEPERIKSAAN   

Perhatian kepada penjaga/ibubapa:

1. Sepanjang tahun 2018 sekolah akan menjalankan beberapa siri peperiksaan seperti berikut :

Tarikh Cadangan:

    1. Penilaian SUMATIF 1 ( 5-9 MAC 2018 )
    2. Penilaian Pertengahan Tahun (PPT) / SUMATIF 2 - Bulan MEI ( 15-24 Mei 2018)
    3. Penilaian Pertengahan Sem 2/ OGOS ( 13-17 OGOS 2018)
    4. Penilaian Akhir Tahun (PAT) / SUMATIF 3 ( 10-18 Okt 2018)
Penilaian Folio : Penghasilan folio begitu penting kepada pelajar selaras dengan kehendak pendidikan dewasa kini. Tugasan penghasilan folio sangat penting untuk mendidik murid-murid ke arah pembelajaran kendiri. 


2. Berikut Jadual Tugasan Folio :
Sem 1 – BM, Bahasa Inggeris,Sains, Matematik, Sejarah, Sejarah & Pend. Muzik
Sem 2 – Pend. Seni, Pend Agama/Moral,RBT, Pend . Muzik, TMK, PJK
RBT  dinilai berasaskan projek dan peperiksaan untuk kedua-dua SEM 1 & 2.

* Tertakluk kepada pindaan

 

3. Bermula tahun 2017, kedudukan dalam kelas akan dikira berdasarkan mata pelajaran teras sahaja dengan menggunakan Aplikasi Sistem Analisis Peperisaan Sekolah (SAPS).

 

4. Anugerah mata pelajaran terbaik  bagi setiap subjek akan di ambil kira berdasarkan purata markah tertinggi bagi 4 peperiksaan.


5. Ejaan dan Rencana (imlak) – Bagi Semester 1, Ejaan dan Rencana(imlak) BM & B.Inggeris akan    dijalankan pada minggu kedua Mei 2018 dan bulan Oktober ( tertakluk kepada pindaan).


6. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR yang melibatkan semua mata pelajaran bagi Tahun 1 akan dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran  dan akan direkodkan mengikut pencapaian band murid/ tahap penguasaan murid. ( tertakluk arahan KPM)

Terima kasih

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

922408
Hari IniHari Ini305
SemalamSemalam660
Minggu IniMinggu Ini4317
Bulan IniBulan Ini20098