Adalah dimaklumkan bahawa Penyemakan dan Pengesahan bagi Penempatan Murid Tahun 1/2022 boleh dibuat bermula 1 Ogos 2021. Berikut adalah tindakan yang perlu dibuat oleh ibu/bapa/penjaga :
1. https://public.moe.gov.my/
2. Tekan butang Log Masuk
3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
4. Pilih Semakan Penempatan
5. Status permohonan akan dipaparkan
6. Mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Maklumat Penting
▶️ Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
▶️ Surat penempatan dan dokumen pengesahan tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah. Namun, salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan baik untuk kegunaan semasa hari pendaftaran / hari pertama persekolahan bagi sesi 2022.
▶️ Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu scan QR Code yang terdapat di Pondok Pengawal SK Seri Bintang Utara untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
▶️ Rayuan Penempatan Tahun 1 hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga akan dikeluarkan melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan. Tarikh rayuan telah dibuka pada 1 Ogos 2021 sehingga 30 Ogos 2021.