Pencapaian Murid - Perhimpunan Minggu 11
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
12 Mac 2018 - Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Seri Bintang Utara yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Zon Pudu yang diadakan pada 10 Mac yang lalu bertempat di SK Taman Midah 2. Berikut adalah pencapaian sekolah dalam majlis tersebut.
- Hana Batrisyia Bt Fairuz (6 Bestari) - Johan Tilawah (P)
- Muhammad Afham Bin Mohd Faizal (6 Bestari) - Johan Hafazan (L)
- Yusuf Ashraf Bin Amran (5 Bestari) - Tempat Ketiga Tilawah (L)
- Myriam Khayra Bt Mohammad Azren (4 Bestari) - Saguhati Bercerita
Tahniah! Bagi murid yang akan mewakili zon ke peringkat negeri, Selamat Maju Jaya. Semoga beroleh pencapaian yang lebih membanggakan.
Pelancaran Laman Web Baru dan Saluran Youtube
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
10 Mac 2018 - Sempena dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Bintang Utara, pihak sekolah di bawah Unit ICT dan Multimedia telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada umum khususnya kepada ibu bapa mengenai laman web sekolah yang berwajah baru dan juga saluran Youtube bagi mendokumentasikan laporan sekolah dalam bentuk video. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah bertempat di Frog Classroom pada pukul 10 pagi. Walaupun banyak sekolah telah menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dalam menyampaikan info sekolah, di SKSBU kami masih percaya laman web masih kekal relevan dengan ciri-ciri istimewanya dalam menyampaikan maklumat.
Tahniah En Hakim dan Terima Kasih En Fau'zee - PIBG 2018
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
10 Mac 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ismail Bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Persembahan Gendang Cina membuka tirai mesyuarat tahun ini. Pelbagai isu telah dibincang, diambil tindakan dan diselesaikan demi kepentingan anak-anak. Turut berlangsung semasa mesyuarat ialah pelancaran laman web baru sekolah dan saluran Youtube bagi memaparkan dokumentasi aktiviti sekolah dalam bentuk video.