Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018
- Details
- Written by Taufiq Jamal
- Category: Blog
Pada 30.01.18 yang lalu, Panitia Sejarah dengan kerjasama Kelab Rukun Negara telah menganjurkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat sekolah di Laman Bestari. Sambutan tersebut telah bermula pada pukul 7:40 pagi dan berakhir pada pukul 8:30 pagi yang melibatkan semua guru dan murid. Atur cara majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan lagu Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar iaitu Puan Noriah binti Abd Ghani. Kemudian, guru besar berserta para guru penolong kanan telah menarik tirai di papan pameran sebagai simbolik perasmian majlis. Persembahan semula Deklarasi Pemasyhuran Wilayah Persekutuan telah dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis diakhiri dengan kuiz bertemakan Wilayahku Kebanggaanku yang telah dikendalikan oleh Encik Taufiq.