News
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 23 April 2020(Khamis) akan diadakan program SBU: Kota Buku Kecilku bersempena dengan program Jom Membaca 10 minit serentak satu Malaysia dan Bulan Dekad Membaca pada bulan April. Justeru, pihak Pusat Sumber SK Seri Bintang Utara menggalakkan untuk anak- anak menyertai program ini dengan membaca selama 10 minit bersama ahli keluarga.

Selain itu, PSS SKSBU dan Unit ICT SKSBU akan mengadakan pertandingan bersempena dengan program jom membaca 10 minit ini.. Murid-murid boleh merakam moment membaca dan menghantar gambar tersebut berserta kapsyen menarik atau merakam video membaca.. Hadiah menarik menanti anda!!😊😊

Link gambar-

Link video -

Koleksi video Jom Baca Guru-guru SKSBU -

Murid - murid hanya boleh memuat naik gambar dan video menggunakan dengan ID Google Classroom sahaja.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 April 2020(Jumaat)


SUMBANGAN TABUNG PRIHATIN COVID19 SK SERI BINTANG UTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa yang dihormati.

Individu / Dermawan dijemput menyalurkan sumbangan ke tabung ini agar pihak KAMI dapat menyerahkan kepada ibu bapa & anak-anak yang layak dan terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN:

Bank: Bank Rakyat
No Akaun 110751001259
Pemegang Akaun PIBG SK SERI BINTANG UTARA

rujukan tag: tabungcovidSKSBU

Sila hantar slip sumbangan ke whatsapp 👇
Puan Siva 017-6090036

Tabung sumbangan dibuka bermula hari ini Ahad 29 Mac 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan di beritahu kelak bergantung kepada berapa lama PKP ini akan berjalan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan dan memberkati rezeki kita semua.

Semoga kita dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Dimaklumkan Ujibakat Gendang Cina 2020 ditunda ke tarikh baru bagi memberi laluan kepada Ujian KAFA. Kesulitan harap dimaafkan.



Hebahan asal:
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

921500
Hari IniHari Ini57
SemalamSemalam697
Minggu IniMinggu Ini3409
Bulan IniBulan Ini19190