- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog
- Hits: 3018
Permohonan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) kemasukan murid ke Tahun 1 Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia) ambilan 2021/2022 akan dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.
Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan | |
Kemasukan Tahun 2021 | Kemasukan Tahun 2022 |
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015 | Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016 |
Cara Mendaftar Murid Tahun 1 2021/2022
Aplikasi permohonan/pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui URL di bawah :⇒ public.moe.gov.my
Penting !!!!! ♦ Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :
♦ Info Pejabat SK Seri Bintang Utara klik sini. |
Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2021/2022
Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/Ogos 2020 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk permohonan yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog
- Hits: 6143
NOTA: Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Seri Bintang Utara mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama ibubapa untuk hadir ke program gotong-royong ini. Dipersilakan membawa peralatan yang difikirkan sesuai dan perlu.