Blog


Permohonan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) kemasukan murid ke Tahun 1 Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia) ambilan 2021/2022 akan dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.

Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
Kemasukan Tahun 2021 Kemasukan Tahun 2022
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016

Cara Mendaftar Murid Tahun 1 2021/2022

Aplikasi permohonan/pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui URL di bawah :

public.moe.gov.my

Penting !!!!!
♦ Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

Bagi permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. 

Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :
  1. Borang Permohonan Tahun 1 dicetak dari Sistem Permohonan Atas Talian (Online)
  2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Dokumen Asal berserta 1 salinan)
  3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Dokumen Asal berserta satu salinan KP ibu dan bapa)
  4. Surat nikah / sijil daftar perkahwinan (Dokumen Asal dan 1 salinan)
  5. Surat cerai & perintah hak jagaan anak (Hadhanah/Custodial right) - Jika berkenaan
  6. Salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu/bil astro untuk bukti tempat tinggal.
  7. Sampul surat berwarna putih dan beralamat sendiri (saiz 4x9/11.5cmx24.5cm) bersetem RM1

Info Pejabat SK Seri Bintang Utara klik sini.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2021/2022 

Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/Ogos 2020 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk permohonan yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

921265
Hari IniHari Ini519
SemalamSemalam1506
Minggu IniMinggu Ini3174
Bulan IniBulan Ini18955