Info Terkini
Taklimat Permuafakatan ibu bapa tahun 6 2021 bersama Guru Besar dan guru-guru Tahun 6 telah diadakan pada 24 April 2021. Taklimat ini diadakan secara dalam talian dengan menggunakan medium Google Meet. 

Dalam taklimat ini, ibu bapa diterangkan secara terperinci tentang kaedah pentaksiran yang akan digunakan kepada murid-murid dalam meningkatkan lagi pencapaian kecemerlangan murid-murid tahun 6. Pentaksiran bagi murid-murid merangkumi aspek PBD, PAJSK, Psikometrik (PPSi), dan Ujian SEGAK ini akan digunakan sebagai persediaan untuk ke SBP, MRSM, SMKA,SABK, mahu pun sekolah menengah harian biasa.

Bagi melaksanakan semua perancangan yang dirancang, ibu bapa telah bersetuju memberikan sumbangan seperti yang telah dibentangkan dalam perjumpaan tersebut. Ibu bapa juga telah diberikan peluang untuk berinteraksi dengan guru-guru bagi mendapatkan huraian dan penjelasan lanjut. Semua soalan telah dapat dijawab dengan baik. Para ibu bapa juga jelas dengan perancangan strategik yang telah dirangka oleh pihak sekolah.

Akhir kata, pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada para ibu bapa/penjaga tahun 6 atas kehadiran yang sangat cemerlang walaupun perjumpaan pada tahun ini diadakan secara dalam talian. Semoga langkah proaktif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah ini dapat membantu murid-murid tahun 6 mencapai cita-cita mereka.


Untuk melihat gambar sepanjang program ini berlangsung boleh klik disini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

921885
Hari IniHari Ini442
SemalamSemalam697
Minggu IniMinggu Ini3794
Bulan IniBulan Ini19575