Kejohanan Taekwondo MSSWPKL Zon Pudu
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
1. Alif Bin Ikmal Hisham (3 Cemerlang) - Emas Kategori Pomsae (7-9 Tahun)
2. Muhammad Raef Bin Khairol Azri (3 Bestari) - Emas Kategori Lightweight (7-9 Tahun)
3. Aimee Faiz Bt Khairul Faizi (4 Bestari) - Perak Kategori Featherweight (10-12 Tahun)
Tahniah kerana telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini diteruskan untuk peringkat yang lebih tinggi.
Galeri foto di sini.
Galeri video di sini.
Karnival Pengakap dan Bahasa Inggeris (Kebangsaan SBT)
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
Pada 12-13 April yang lalu, SK Seri Bintang Utara telah menghantar kontinjen terdiri daripada kumpulan pengakap, tarian dan peserta Bahasa Inggeris ke Kuantan, Pahang untuk menyertai Karnival Pengakap dan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh SK St Thomas. Pertandingan bertaraf kebangsaan ini telah menyaksikan beberapa pencapaian yang membanggakan oleh kontinjen sekolah. Berikut merupakan pencapaian sekolah dalam karnival tersebut :
Pencapaian | Pertandingan |
Emas | Tarian |
Perak | Gajet |
Gangsa | 1. Bantu Mula 2. Public Speaking 3. Words Buzz 4. Duo Singing 5. Kawad Kaki 6. Ikatan dan Simpulan |
Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing yang komited dalam melatih tanpa mengira masa.
Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.
Aksi pasukan tarian sekolah yang berjaya meraih emas di sini.
Anda juga boleh klik pautan galeri foto dan video yag terdapat disebelah kanan laman web untuk aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Jangan lupa subscribe Saluran Youtube Sekolah, Bintang Broadcasting Studio.
Hari Bicara Ilmu
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'.
Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.
Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.
Foto sekitar program, klik sini.