- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1219
Cuti panjang sempena Hari Malaysia yang lalu dimanfaatkan sebaiknya oleh warga kerja SK Seri Bintang Utara dengan merancang perjalanan ke utara semenanjung merentasi sempadan negara. Perjalanan bermula pada sebelah malam hari Jumaat dan tiba di Padang Besar pada keesokan pagi. Suasana di sempadan sangat sesak apabila rata-rata rakyat Malaysia turut menggunakan peluang cuti panjang ini untuk bercuti di negara jiran. Hampir 4 jam barulah urusan di Imigresen selesai. Perjalanan diteruskan ke bandar Hatyai dengan mengikut program yang dirancang. Melalui percutian singkat ini, ahli rombongan berpeluang membeli-belah di kawasan tumpuan pelancong dan menikmati pelbagai jenis makanan di Khlonghae Floating Market dan bufet makanan laut yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.
Setelah seharian berjalan, pada keesokan hari (15 September), selesai sarapan pagi, ahli rombongan bersiap sedia untuk program seterusnya iaitu kembali semula ke tanah air dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah untuk lawatan penanda aras. Terima kasih kepada pihak pengurusan SKDWK atas perkongsian ilmu dan layanan mesra yang diberikan. Sekolah yang hebat dalam pencapaian kokurikulum dan keberhasilan kemenjadian murid. Semoga terus cemerlang pada masa-masa akan datang.
Klik sini untuk gambar-gambar sepanjang program.
Klik sini untuk rangkuman video di Hatyai
Klik sini untuk rangkuman video di SK Dato' Wan Kemara.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1425
04 Sept 2019 - Hari yang dinantikan oleh semua calon UPSR 2019. Inilah medan perjuangan bagi menunjukkan potensi masing-masing setelah berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu sepanjang 6 tahun alam persekolahan sekolah rendah. Semoga segala usaha dan pengorbanan menghasilkan keputusan yang membanggakan. Teruskan perjuangan.
Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan sumbangan kepada anak-anak sepanjang UPSR 2019 berlangsung.
Suasana sekitar hari peperiksaan di sini.