Program School Visit & Student Exchange
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog
Pada Rabu 19 Februari 2020, SK Seri Bintang Utara telah berlapang dada menerima kunjungan delegasi daripada 3 buah sekolah dari Indonesia. Sekolah-sekolah tersebut ialah SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare, kesemuanya dari wilayah Jawa Timur, Indonesia. Delegasi diketuai Bapak Suyanto, Kepala Sekolah SD Al-Kautsar dan Ibu Erry Nurahim, Kepala Sekolah MI Muhammadiyah 1 Kota Pare , manakala Ibu Lina Samraida mewakili SD Pembangunan Jaya Sidoarjo mengiringi kunjungan delegasi 54 murid dan 10 orang guru.
Setibanya di SKSBU, delegasi disambut dengan paluan kompang selawat, persembahan silat dan tarian tradisional. Tetamu turut berbesar hati mempersembahkan tarian nusantara mereka. Seterusnya, delegasi diberikan penerangan tentang SK Seri Bintang Utara, dibawa melawat persekitaran sekolah dan menandatangani beberapa dokumen persetujuan kolaborasi. Murid-murid yang berkunjung tiba juga dipasangkan dengan murid-murid SKSBU yang berperanan sebagai 'buddies'. Sejurus kemudian, mereka turut serta di dalam sesi pembelajaran subjek-subjek terpilih.
Pada sebelah petangnya, warga SKSBU dihiburkan dengan 6 persembahan daripada murid-murid 3 sekolah tersebut. Majlis berakhir pada jam 1 petang dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi berkumpulan. Banyak perkongsian ilmu diperoleh dan tentu sekali, memori tercipta bersama. Diharapkan ukhwah yang terjalin di antara SK Seri Bintang dengan SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare terus mekar sentiasa.
Galeri gambar dan video program di sini.
Pelancaran Program Jom ke Sekolah
- Details
- Written by Noorhayati Aziz
- Category: Blog
Pelancaran Program Jom ke Sekolah peringkat sekolah telah dilaksanakan pada Isnin 17 Februari 2020. Pelancaran program ini dijalankan serentak di seluruh negara. Pegawai Perhubungan Sekolah daripada IPD Polis Cawangan Cheras telah hadir menyampaikan perutusan seterusnya merasmikan majlis pelancaran program ini. Antara objektif program ini adalah untuk membantras aktiviti jenayah dalam kalangan murid-murid sekolah di samping mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan PDRM.
Galeri gambar di sini.
Galeri gambar di sini.
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 46 telah belangsung pada 15 Februari 2020 dengan suasana lancar dan harmoni. Seperti tahun sudah, kehadiran ibu bapa dan buku mesyuarat telah menggunakan sistem QR Code dimana ibu bapa dikehendaki mengimbas QR Code melalui telefon pintar masing-masing untuk mendaftar kehadiran dan memuat turun buku mesyuarat. Melalui kaedah ini, proses pendaftaran menjadi lebih cepat dan penjimatan kertas dapat diaplikasi sebaik mungkin. Lebih 200 orang ibu bapa, penjaga & guru hadir untuk mesyuarat tahun ini.
Seperti kelazimannya, pelbagai usul telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bagi menjamin keselesaan dan keseronokan anak-anak belajar di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan turut sama memberikan idea dan buah fikiran yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.
Seperti kelazimannya, pelbagai usul telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bagi menjamin keselesaan dan keseronokan anak-anak belajar di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan turut sama memberikan idea dan buah fikiran yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.
Selah pelbagai usul dibahas dan dibentangkan, agenda seterusnya yang turut dinantikan adalah memilih dan melantik jawatankuasa yang baru bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan jawatankuasa sebelum-sebelumnya. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada En Hakim Bin Hamzah apabila diberi peluang dan kepercayaan sekali lagi untuk menerajui kepimpinan PIBG pada tahun ini. Ini adalah tahun ketiga En Hakim dilantik sebagai YDP PIBG. Jawatankuasa pada tahun 2020/2021 turut menampilkan beberapa muka baru. Adalah diharapkan, gandingan kerjasama jawatankuasa pada kali ini dapat mengekalkan momentum prestasi sedia ada malah ditambah baik dari tahun sebelumnya.