Salam Nuzul Al-Quran 1442H
- Details
- Written by Mohamad Faiq
- Category: Frontpage
﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk serta pembeza (antara yang hak dan yang batil)…” (Surah al-Baqarah: 185)
Hikmah Allah SWT memuliakan al-Quran apabila diturunkan di dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan fadhilatnya. Tujuan penurunan al-Quran adalah untuk menentukan perbezaan antara benar dan salah, adil dan zalim, petunjuk dan kesesatan.
Salam Nuzul Al-Quran 1442H kepada semua yang beragama Islam .
Taklimat Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Guru Besar dan Guru-Guru Tahun 6
- Details
- Written by Mohamad Faiq ,Taufiq Jamal
- Category: Frontpage
Dalam taklimat ini, ibu bapa diterangkan secara terperinci tentang kaedah pentaksiran yang akan digunakan kepada murid-murid dalam meningkatkan lagi pencapaian kecemerlangan murid-murid tahun 6. Pentaksiran bagi murid-murid merangkumi aspek PBD, PAJSK, Psikometrik (PPSi), dan Ujian SEGAK ini akan digunakan sebagai persediaan untuk ke SBP, MRSM, SMKA,SABK, mahu pun sekolah menengah harian biasa.
Bagi melaksanakan semua perancangan yang dirancang, ibu bapa telah bersetuju memberikan sumbangan seperti yang telah dibentangkan dalam perjumpaan tersebut. Ibu bapa juga telah diberikan peluang untuk berinteraksi dengan guru-guru bagi mendapatkan huraian dan penjelasan lanjut. Semua soalan telah dapat dijawab dengan baik. Para ibu bapa juga jelas dengan perancangan strategik yang telah dirangka oleh pihak sekolah.
Akhir kata, pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada para ibu bapa/penjaga tahun 6 atas kehadiran yang sangat cemerlang walaupun perjumpaan pada tahun ini diadakan secara dalam talian. Semoga langkah proaktif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah ini dapat membantu murid-murid tahun 6 mencapai cita-cita mereka.
Untuk melihat gambar sepanjang program ini berlangsung boleh klik disini.
Pelancaran Program Nilam dan Program Jom Baca Bersama 10 Minit
- Details
- Written by Mohamad Faiq
- Category: Frontpage
Untuk melihat gambar-gambar sepanjang aktiviti yang dijalankan boleh klik disini.