Selamat Bersara Puan Hamisah
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Kami ucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan sumbangan Puan Hamisah sepanjang perkhidmatan di SKSBU dan keseluruhan 27 tahun beliau di dalam perkhidmatan awam.
Galeri gambar di sini.
Program Pengacaraan
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Pada Khamis 13 Februari 2020, unit ICT dan Kelab Videografi & Fotografi SK Seri Bintang Utara telah menganjurkan Program Pengacaraan di Makmal Multimedia & Pusat Sumber SKSBU. Program dikendalikan oleh Nia Atasha, selebriti model / pengacara, yang juga merupakan bekas murid SK Seri Bintang Utara. Peserta program didedahkan dengan asas public speaking, pengacaraan, penulisan skrip, pembacaan berita, penerbitan & pengarahan program televisyen serta kemahiran-kemahiran berkaitan. Semoga ilmu diperoleh digunapakai sebaik mungkin oleh murid-murid terbabit. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Nia Atasha.
Gambar program di sini.
Gambar program di sini.
Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Pada Rabu 12 Februari 2020, unit kokurikulum SK Seri Bintang Utara telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform bagi tahun 2020. Semua unit beruniform SKSBU telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dikendalikan oleh unit Pengakap SKSBU di bawah seliaan Cik Nik Nur Khalidah dengan nasihat & tadbiran GPK Kokurikulum SKSBU, Encik Mohamad Nizam bin Shamsuddin. Setiap unit menghantar 30 orang ahli bersama seorang ketua platun.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;
Anugerah | Pemenang |
Johan | Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah |
Naib Johan | Unit Pandu Puteri Tunas |
Ketiga | Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia |
Keempat | Unit Pengakap |
Kelima | Unit Bulan Sabit Merah Malaysia |
Ketua Platun Terbaik | Nurul Iman bt Mohd Jaflis (PPT) |
Video program di sini. Gambar program di sini.