- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1824
20 April 2019 (Sabtu) - Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan aktiviti gotong-royong pada tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini adalah membersihkan kawasan taman herba, menanam dan menempatkan pokok-pokok hasil sumbangan ibu bapa, menampal simen lantai yang pecah, keceriaan tandas, membaiki gendang cina dan mengecat sekitar kawasan tempat letak kereta. Turut sama menjayakan program ini adalah ibu bapa Prasekolah (PEWARIS) yang hadir untuk keceriaan Prasekolah.
Semoga usaha murni semua pihak ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa seterusnya menjadikan sekolah kawasan yang ceria dan selesa untuk anak-anak belajar. Pihak sekolah sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
Galeri foto di sini.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1090
1. Alif Bin Ikmal Hisham (3 Cemerlang) - Emas Kategori Pomsae (7-9 Tahun)
2. Muhammad Raef Bin Khairol Azri (3 Bestari) - Emas Kategori Lightweight (7-9 Tahun)
3. Aimee Faiz Bt Khairul Faizi (4 Bestari) - Perak Kategori Featherweight (10-12 Tahun)
Tahniah kerana telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini diteruskan untuk peringkat yang lebih tinggi.
Galeri foto di sini.
Galeri video di sini.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1065
Pada 12-13 April yang lalu, SK Seri Bintang Utara telah menghantar kontinjen terdiri daripada kumpulan pengakap, tarian dan peserta Bahasa Inggeris ke Kuantan, Pahang untuk menyertai Karnival Pengakap dan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh SK St Thomas. Pertandingan bertaraf kebangsaan ini telah menyaksikan beberapa pencapaian yang membanggakan oleh kontinjen sekolah. Berikut merupakan pencapaian sekolah dalam karnival tersebut :
Pencapaian | Pertandingan |
Emas | Tarian |
Perak | Gajet |
Gangsa | 1. Bantu Mula 2. Public Speaking 3. Words Buzz 4. Duo Singing 5. Kawad Kaki 6. Ikatan dan Simpulan |
Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing yang komited dalam melatih tanpa mengira masa.
Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.
Aksi pasukan tarian sekolah yang berjaya meraih emas di sini.
Anda juga boleh klik pautan galeri foto dan video yag terdapat disebelah kanan laman web untuk aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Jangan lupa subscribe Saluran Youtube Sekolah, Bintang Broadcasting Studio.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1641
Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'.
Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.
Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.
Foto sekitar program, klik sini.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 911
Foto sekitar latihan dijalankan, klik sini.
- Details
- Written by Nalini Thangavelloo
- Category: Blog
- Hits: 1290
Pada 16 Mac 2019 yang lalu, iaitu hari yang sama ketika SK Sultan Idris II mengadakan lawatan ke SKSBU, satu Scrabble Workshop anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan di Makmal Sains 1. Seramai 38 orang murid dari tahun 3 hingga 6 menyertai bengkel tersebut. Bengkel tersebut diketuai oleh Encik Mohammad Ali Ismail, President Malaysian Scrabble Association dimana peserta diberi pendedahan mengenai kemahiran asas mengenai permainan Scrabble di samping mengetahui kebaikan permainan tersebut. Diharapkan lebih ramai murid-murid mempertingkatkan pengetahuan tentang permainan ini dan bukan sahaja sebagai hobi tetapi menyertai pertandingan di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
Tahniah kepada semua peserta !
Untuk foto sekitar program klik sini. Klik juga pada pautan galeri foto dan video di sebelah kanan laman web ini untuk melihat aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1737
16 Mac 2019 (Sabtu) - Terima kasih atas kesudian SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar (SKSI II) memilih SK Seri Bintang Utara sebagai destinasi pilihan untuk mengadakan lawatan penanda aras. SKSI II juga merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Rombongan SK Sultan Idris II hadir diketuai guru besarnya, Pn Hjh Hamsiah Bt Abang Mohtar bersama 37 ahli rombongan. Turut hadir menyertai rombongan ini ialah NYDP PIBG dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Nasib, Pn. Yong Rosidah Bt Abd Jabar. Kehadiran rombongan lebih kurang pukul 10 pagi disambut dengan persemabahan Gendang Cina, Tarian Selamat Datang dan Nyanyian Arab. Rombongan kemudian dibawa untuk sesi taklimat bersama guru besar dan sesi menandatangani Memerondum Persefahaman (MoU). Selesai menandatangani MoU dan penyampaian cenderahati, rombongan dibawa melawat ke bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas antaranya, Bintang Broadcasting Studio, Pusat Sumber i-LC, Bilik Audio Visual, Bilik Multimedia, Surau dan Frog Classroom.
Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dibawa pulang. Sekiranya ada kelemahan dan kekurangan dari pihak kami, mohon ribuan kemaafan. Semoga jaringan kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih daun keladi atas kunjungan. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bersara kepada guru besar SKSI II, Pn Hjh Hamsiah yang bersara dalam masa terdekat ini.
Gambar sekitar lawatan, klik sini.
Video sekitar lawatan, klik sini.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1329
8 Mac 2019 - Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada pemimpin-pemimpin kecil sekolah yang telah diberi kepercayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Majlis Pelantikan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Puan Noriah Bt Hj Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG, En Hakim bin Hamzah bersama AJK-AJK PIBG yang lain. Melalui majlis tersebut, semua pengawas yang dilantik telah menerima watikan dan sijil pelantikan. Seterusnya bacaan ikrar oleh setiap badan pengawas diketuai oleh ketua masing-masing yang turut diumum pada hari yang sama. Berikut adalah ketua-ketua bagi setiap badan pengawas ;
Ketua Pengawas Sekolah | : Nyssa Fariheen Bt Mohd Nazimi (6 Bestari) |
Ketua Pengawas Pusat Sumber | : Loong Min Li (6 Bestari) |
Ketua Pengawas SPBT | : Muhammad Hariz Bin Azrul (6 Cemerlang) |
Selamat Menjalankan Tugas ! Laksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.
Foto sekitar majlis di sini.
- Details
- Written by Nadiah Has Bullah
- Category: Blog
- Hits: 1552
Pada 1 dan 2 Mac 2019 yang lalu,seramai 177 orang pemimpin muda sekolah terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah Dan AJK Tertinggi Unit Kokurikulum telah mengahadiri satu Kem Kepimpinan Pemimpin Sekolah yang diadakan di SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada pihak penadbir, dan pihak konsultan atas sokongan padu dalam menjayakan kem ini. Semoga para pemimpin muda sekolah dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap.
Gambar sekitar program klik sini.
- Details
- Written by Nalini Thangavelloo
- Category: Blog
- Hits: 1939
06 Mac 2019 - Pada 15 dan 16 Februari 2019 yang lalu, seramai 88 ahli Pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri satu Perkhemahan Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Cheras atas sokongan padu dalam menjayakan perkhemahan ini.Tahniah! Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak SKSBU! Tahniah! “Buat Sehabis Baik “.
Galeri Foto klik sini.