Program School Visit & Student Exchange
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Pada Rabu 19 Februari 2020, SK Seri Bintang Utara telah berlapang dada menerima kunjungan delegasi daripada 3 buah sekolah dari Indonesia. Sekolah-sekolah tersebut ialah SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare, kesemuanya dari wilayah Jawa Timur, Indonesia. Delegasi diketuai Bapak Suyanto, Kepala Sekolah SD Al-Kautsar dan Ibu Erry Nurahim, Kepala Sekolah MI Muhammadiyah 1 Kota Pare , manakala Ibu Lina Samraida mewakili SD Pembangunan Jaya Sidoarjo mengiringi kunjungan delegasi 54 murid dan 10 orang guru.
Setibanya di SKSBU, delegasi disambut dengan paluan kompang selawat, persembahan silat dan tarian tradisional. Tetamu turut berbesar hati mempersembahkan tarian nusantara mereka. Seterusnya, delegasi diberikan penerangan tentang SK Seri Bintang Utara, dibawa melawat persekitaran sekolah dan menandatangani beberapa dokumen persetujuan kolaborasi. Murid-murid yang berkunjung tiba juga dipasangkan dengan murid-murid SKSBU yang berperanan sebagai 'buddies'. Sejurus kemudian, mereka turut serta di dalam sesi pembelajaran subjek-subjek terpilih.
Pada sebelah petangnya, warga SKSBU dihiburkan dengan 6 persembahan daripada murid-murid 3 sekolah tersebut. Majlis berakhir pada jam 1 petang dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi berkumpulan. Banyak perkongsian ilmu diperoleh dan tentu sekali, memori tercipta bersama. Diharapkan ukhwah yang terjalin di antara SK Seri Bintang dengan SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare terus mekar sentiasa.
Galeri gambar dan video program di sini.
Pelancaran Program Jom ke Sekolah
- Details
- Written by Noorhayati Aziz
- Category: Blog

Galeri gambar di sini.
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Seperti kelazimannya, pelbagai usul telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bagi menjamin keselesaan dan keseronokan anak-anak belajar di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan turut sama memberikan idea dan buah fikiran yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.
Selah pelbagai usul dibahas dan dibentangkan, agenda seterusnya yang turut dinantikan adalah memilih dan melantik jawatankuasa yang baru bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan jawatankuasa sebelum-sebelumnya. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada En Hakim Bin Hamzah apabila diberi peluang dan kepercayaan sekali lagi untuk menerajui kepimpinan PIBG pada tahun ini. Ini adalah tahun ketiga En Hakim dilantik sebagai YDP PIBG. Jawatankuasa pada tahun 2020/2021 turut menampilkan beberapa muka baru. Adalah diharapkan, gandingan kerjasama jawatankuasa pada kali ini dapat mengekalkan momentum prestasi sedia ada malah ditambah baik dari tahun sebelumnya.