Permohonan Online Murid Tahun 1 2021-2022
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Permohonan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) kemasukan murid ke Tahun 1 Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia) ambilan 2021/2022 akan dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.
Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan | |
Kemasukan Tahun 2021 | Kemasukan Tahun 2022 |
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015 | Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016 |
Cara Mendaftar Murid Tahun 1 2021/2022
Aplikasi permohonan/pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui URL di bawah :⇒ public.moe.gov.my
Penting !!!!! ♦ Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :
♦ Info Pejabat SK Seri Bintang Utara klik sini. |
Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2021/2022
Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/Ogos 2020 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk permohonan yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.Surat Panggilan Gotong-Royong Perdana 2020
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog
NOTA: Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Seri Bintang Utara mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama ibubapa untuk hadir ke program gotong-royong ini. Dipersilakan membawa peralatan yang difikirkan sesuai dan perlu.
Program School Visit & Student Exchange
- Details
- Written by Naqib Ibrahim
- Category: Blog

Pada Rabu 19 Februari 2020, SK Seri Bintang Utara telah berlapang dada menerima kunjungan delegasi daripada 3 buah sekolah dari Indonesia. Sekolah-sekolah tersebut ialah SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare, kesemuanya dari wilayah Jawa Timur, Indonesia. Delegasi diketuai Bapak Suyanto, Kepala Sekolah SD Al-Kautsar dan Ibu Erry Nurahim, Kepala Sekolah MI Muhammadiyah 1 Kota Pare , manakala Ibu Lina Samraida mewakili SD Pembangunan Jaya Sidoarjo mengiringi kunjungan delegasi 54 murid dan 10 orang guru.
Setibanya di SKSBU, delegasi disambut dengan paluan kompang selawat, persembahan silat dan tarian tradisional. Tetamu turut berbesar hati mempersembahkan tarian nusantara mereka. Seterusnya, delegasi diberikan penerangan tentang SK Seri Bintang Utara, dibawa melawat persekitaran sekolah dan menandatangani beberapa dokumen persetujuan kolaborasi. Murid-murid yang berkunjung tiba juga dipasangkan dengan murid-murid SKSBU yang berperanan sebagai 'buddies'. Sejurus kemudian, mereka turut serta di dalam sesi pembelajaran subjek-subjek terpilih.
Pada sebelah petangnya, warga SKSBU dihiburkan dengan 6 persembahan daripada murid-murid 3 sekolah tersebut. Majlis berakhir pada jam 1 petang dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi berkumpulan. Banyak perkongsian ilmu diperoleh dan tentu sekali, memori tercipta bersama. Diharapkan ukhwah yang terjalin di antara SK Seri Bintang dengan SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare terus mekar sentiasa.