SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

Kokurikulum



  • 30 Jan 2018 - Pada hujung minggu yang lalu, Pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah dengan penglibatan hampir 170 orang peserta. Penglibatan peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Jawatankuasa Tertinggi Badan-badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan. 


  • Pada 1 dan 2 Mac 2019 yang lalu,seramai 177 orang pemimpin muda sekolah terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah Dan AJK Tertinggi Unit Kokurikulum telah mengahadiri satu Kem Kepimpinan Pemimpin Sekolah yang diadakan di SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada pihak penadbir, dan pihak konsultan atas sokongan padu dalam menjayakan kem ini. Semoga para pemimpin muda sekolah dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

    Gambar sekitar program klik sini.
  • Assalammualaikum & salam sejahtera. Pihak sekolah meminta semua murid Tahun 3,4,5 & 6 mendaftar masuk ke kumpulan kelas dalam talian Google Classroom unit Kokurikulum G masing-masing.

    Untuk makluman, Kokurikulum secara atas talian akan bermula pada 26-30 Oktober 2020 untuk murid-murid Tahun 4 hingga 6 bagi aktiviti Unit Badan Beruniform.

    Murid-murid akan diberikan tugasan dalam bentuk kuiz, video, tugasan amali ataupun nota. Kehadiran murid diambilkira setelah menyiapkan tugasan dalam tempoh seminggu mengikut minggu Kokurikulum dijalankan.

    Berikut merupakan Kod Kelas (Class Code) Google Classroom.

  • Pada 17 dan 18 Januari 2020,satu program “Leadership and Management anjuran Persatuan Pandu Puteri Kuala Lumpur telah dijalankan bertempat di KLGG HQ,Brickfield. Program ini telah disertai oleh pasukan Pandu Puteri Renjer ( sekolah menegah ) dan pasukan Pandu Puteri Tunas (sekolah rendah) dari Kuala Lumpur. 
    Aktiviti yang dijalankan bertujuan membentuk kepimpinan serta pengurusan diri setiap ahli Pandu Puteri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Crime Scene dan Penggunaan Kenderaan Awam. Pada hari berikutnya , Sabtu 18 Januari satu perjumpaan khusus untuk para ibubapa telah dijalankan. Ini bertujuan memberi pendedahan serta penerangan lanjut kepada calon-calon,ibubapa dan para pemimpin Pandu Puteri  berkaitan program Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) bagi tahun 2020 yang dijangka akan diadakan di Sarawak pada Oktober nanti. 
    Program yang diadakan selama dua hari ini telah berjalan dengan jayanya.Adalah menjadi harapan agar semua peserta program dapat menimba ilmu yang baharu dan lebih seronok menjalani aktiviti kepanduan di masa-masa akan datang.
  • Maklumat tambahan:
    Pendaftaran kelab / persatuan untuk bekas ahli Kelab Robotik akan dibuka selepas pendaftaran untuk murid tahun 3 2021 dijalankan. Maklumat selanjutnya akan diberikan dari masa ke masa. Terima kasih.

  • JUL
    23
    Minggu Sihat Doktor Muda
    23 Julai 2019 07.30am -12.00pm


    23 Julai 2019 (Selasa)Julung kali diadakan kerjasama antara Kelab Dr Muda SKSBU dan Jabatan Kesihatan Cheras. Acara bermula 7.45 pagi dengan ucapan Guru Besar, Puan Noriah Bt Hj Ismail. Seterusnya bacaan ikrar dan nyanyian lagu Kelab Dr Muda oleh ahli kelab Dr Muda. Gimik pelancaran iaitu pelepasan burung merpati merupakan simbolik kepada kebebasan setiap individu untuk memilih menjadi sihat. Senamrobik turut diadakan oleh murid Kelab Dr Muda tahun 3 dan dibimbing oleh guru praktikum. Acara bermain sambil menderma diteruskan sehingga jam 12.30 tengah hari. Pelbagai permainan menjana minda seperti memancing nyamuk, Laluan Sonik dan Saya Hero turut diadakan. Kepada murid yang berjaya melepasi permainan tersebut, hadiah boleh dituntut serta merta di meja penganjur. Setiap permainan hanya perlu mendapatkan kupon dengan membayar RM1 di meja penganjur. Pertandingan mewarna tahap 1 dan pertandingan melukis poster untuk tahap 2 juga turut diadakan. Program berjalan dengan baik dan lancar. Kutipan sumbangan digunakan srpenuhnya untuk membaik pulih bilil Dr. Muda.

    Gambar sekitar program, klik sini.

  • 10 Apr 2018 - Pada 6 dan 7 April 2018 yang lalu, seramai 96 ahli Pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri satu Perkhemahan Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Cheras dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lembah Pantai,Pen.Pesuruhjaya Cheras atas sokongan padu dalam menjayakan perkhemahan ini.Tahniah! Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak SKSBU !

    Galeri gambar di sini.
    (Guru-guru atau sesiapa sahaja yang mempunyai gambar simpanan peribadi berkaitan perkhemahan ini boleh berkongsi gambar tersebut melalui google photos yang disediakan)
  • Pada 22 April 2021 bersamaan pada hari Khamis, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara telah menyertai "Program Jom Baca  Bersama 10 Minit 2021" yang diadakan serentak di seluruh negara. Selain itu pihak Pusat Sumber sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk untuk melancarkan Program Nilam peringkat sekolah. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSBU iaitu Pn Noriah Binti Hj Ismail.

    Program Jom Baca Bersama 10minit yang diadakan serentak seluruh negara.

    Guru Besar merasmikan Program Nilam Peringkat Sekolah.

    Murid-murid SKSBU menjayakan Program Jom Membaca Bersama 10minit 2021

    Untuk melihat gambar-gambar sepanjang aktiviti yang dijalankan boleh klik disini.
  • Pencapaian Antarabangsa

    Nama Pertandingan Tarikh Pencapaian


    Pencapaian Peringkat Kebangsaan

    Nama Pertandingan Tarikh Pencapaian


    Pencapaian Peringkat Negeri

    Nama Pertandingan Tarikh Pencapaian


    Pencapaian Peringkat Zon

    Nama Pertandingan Tarikh Pencapaian
    Kejohanan Catur MSSWPKL Zon Pudu 3-4 Februari 2020 Lelaki bawah 12 - Johan
    Lelaki bawah 10 - Kelapan
    Perempuan bawah 12 - Johan & kelima
    Perempuan bawah 10 - Kesebelas


    Tahniah diucapkan kepada warga SK Seri Bintang Utara atas pencapaian sepanjang tahun 2020. Kecemerlangan milik SKSBU!

  • 06 Mac 2019 - Tahniah di atas pencapaian hebat atlet sekolah dalam Kejohanan Olaharaga Zon Pudu yang berlangsung pada 18-22 Februari 2019 lalu bertempat di Stadium Mini Seri Permaisuri. SKSBU pada tahun ini telah menghantar kontingen seramai 24 orang atlet untuk mengambil bahagian dalam acara larian 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 10 Tahun.. Berikut adalah pencapaian murid dalam kejohanan tersebut :
  • Pada perhimpunan minggu ke-9 yang lalu (Isnin 26 Feb 2018), telah diumumkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh murid-murid SK Seri Bintang Utara. Berikut adalah kejayaan tersebut.

    1) Kursus Kenaikan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) WPKL

    Tahniah di atas kejayaan dua orang murid Tahun 6 iaitu Muhammad Adam dan Imran yang telah menerima kenaikan pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pangkat Sarjan merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai bagi seorang anggota TKRS. Kursus Kenaikan Pangkat ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMK Taman Tun Dr Ismail pada 23-25 Feb yang lalu melibatkan seluruh anggota TKRS sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid telah diuji dengan pelbagai kemahiran seperti kawad kaki, ikatan tali, pandu arah, kraf dan sebagainya bagi melayakkan sesoeorang itu dianugerahkan dengan pangkat. 

    Tahniah diucapkan sekali lagi. Sebagai pemegang pangkat (Rank Holder), jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. 


    2) Bintang Kecemerlangan Tahun 6 #1

    Bintang Kecemerlangan ini merupakan pengiktirafan khusus kepada murid tahun 6 yang mencapai semua A dalam setiap ujian penilaian/peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi ujian diagnostik yang telah dijalankan, seramai 3 orang murid mendapat pengiktirafan ini. Semoga akan lebih ramai murid yang akan naik ke pentas bagi menerima bintang kecemerlangan ini pada ujian/penilaian yang seterusnya.

    Tahniah!


  • Selain daripada menyertai pertandingan di bawah KPM, murid-murid SK Seri Bintang Utara turut menyertai pertandingan anjuran persatuan luar atas inisiatif ibu bapa yang komited dalam mengembangkan potensi anak masing-masing. Antara kejayaan yang diperoleh ketika ini adalah melalui sukan taekwando, badminton dan memanah.
  • Murid-murid tahun 3 dan 4 boleh mendaftar unit kokurikulum pilihan masing-masing bermula jam 8 malam pada Jumaat, 3 Januari 2020. Pendaftaran atas talian akan ditutup pada Ahad 5 Januari 2020 pada jam 12 tengahari.

    Berikut adalah pilihan unit Persatuan dan Permainan yang boleh dipilih oleh murid-murid Tahun 3.
    Persatuan Permainan
    Bahasa Melayu Agama Islam Bola Sepak Bola Tampar
    Bahasa Inggeris Pencegahan Jenayah Olahraga Bola Baling
    Matematik Robotik Badminton Hoki
    Sains Komputer Ping-pong Catur
    Seni Rekacipta Doktor Muda Sofbol
    Kebudayaan & Muzik Fotografi & Videografi Bola Jaring
    Rukunegara Sepak Takraw
    Klik pautan ini untuk mendaftar.

    Berikut adalah pilihan unit Badan Beruniform yang boleh dipilih oleh murid-murid Tahun 4.
    Badan Beruniform
    Bulan Sabit Merah Malaysia 
    Pengakap Kanak-Kanak
    Pergerakan Puteri Islam Malaysia
    Pandu Puteri Tunas
    Tunas Kadet Remaja Sekolah
    Klik pautan ini untuk mendaftar.

    Nota:
    1. Murid akan kekal di dalam unit kokurikulum yang telah didaftarkan sepanjang tempoh persekolahan di SK Seri Bintang Utara. Pertukaran unit tidak dibenarkan.
    2. Kuota jumlah ahli telah disamaratakan; pendaftaran ahli berdasarkan dasar "first come, first served".
    3. Untuk pendaftaran, ibubapa boleh menggunakan alamat e-mel Google Classroom atau mana-mana akaun e-mel yang aktif.



  • Klik pautan berikut untuk mendaftar:
    Unit Beruniform (Murid Tahun 4 Sahaja)
    Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan (Murid Tahun 3 Sahaja)
    Pendaftaran akan dibuka pada hari Sabtu 20 Februari 2021, pada pukul 10 pagi dan ditutup pada hari Ahad 21 Februari 2021 pukul 5 petang. Terima kasih.
  • Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform diadakan pada hari Isnin minggu ke-3 setiap bulan. Guru dan murid-murid Tahap 2 dikehendaki memakai uniform lengkap badan beruniform masing-masing. Jawatankuasa tertinggi setiap badan beruniform akan mengendalikan perhimpunan rasmi mengikut giliran. Perhimpunan Bulanan pertama tahun ini telah dilaksanakan pada hari Isnin yang lalu (15 Januari 2018). 


  • 06 Mac 2019
     - Pada 15 dan 16 Februari 2019 yang lalu, seramai 88 ahli Pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri satu Perkhemahan Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Cheras  atas sokongan padu dalam menjayakan perkhemahan ini.Tahniah! Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak SKSBU! Tahniah! “Buat Sehabis Baik “.

    Galeri Foto klik sini.

  • Pada 5 September 2018 yang lepas, seramai 14 pelajar Tahun 3 SK Seri Bintang Utara telah mewakili sekolah dalam pertandingan Action Song peringkat negeri anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di SK Taman Tun Dr Ismail (1). Terima kasih kepada ibu bapa dan PIBG sekolah yang turut sama membantu dalam menjayakan sesi latihan dan pertandingan yang dijalankan.

  • Pada Rabu 12 Februari 2020, unit kokurikulum SK Seri Bintang Utara telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform bagi tahun 2020. Semua unit beruniform SKSBU telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dikendalikan oleh unit Pengakap SKSBU di bawah seliaan Cik Nik Nur Khalidah dengan nasihat & tadbiran GPK Kokurikulum SKSBU, Encik Mohamad Nizam bin Shamsuddin. Setiap unit menghantar 30 orang ahli bersama seorang ketua platun.
    Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;
    Anugerah Pemenang
    Johan Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah
    Naib Johan Unit Pandu Puteri Tunas
    Ketiga Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia
    Keempat Unit Pengakap
    Kelima Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
    Ketua Platun Terbaik Nurul Iman bt Mohd Jaflis (PPT)
    Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
    Video program di sini.  Gambar program di sini.

  • Unit ICT & Unit Kokurikulum SKSBU kini menjemput mana-mana murid tahap 2 yang berminat untuk menyertai kursus pengacaraan seperti di atas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Norsyuhada atau Encik Naqib dengan segera.
  • Pada Khamis 13 Februari 2020, unit ICT dan Kelab Videografi & Fotografi SK Seri Bintang Utara telah menganjurkan Program Pengacaraan di Makmal Multimedia & Pusat Sumber SKSBU. Program dikendalikan oleh Nia Atasha, selebriti model / pengacara, yang juga merupakan bekas murid SK Seri Bintang Utara. Peserta program didedahkan dengan asas public speaking, pengacaraan, penulisan skrip, pembacaan berita, penerbitan & pengarahan program televisyen serta kemahiran-kemahiran berkaitan. Semoga ilmu diperoleh digunapakai sebaik mungkin oleh murid-murid terbabit. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Nia Atasha.
    Gambar program di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

1053958
Hari IniHari Ini97
SemalamSemalam461
Minggu IniMinggu Ini2019
Bulan IniBulan Ini5731