SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

Kurikulum

  • Majlis Pelantikan Pemimpin Sekolah 2018


    09 Feb 2018 (Jumaat) - Pemimpin sekolah yang dilantik ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Duta Penggerak Digital (DMC), Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan skuad Combi.
  • Pelancaran Program NILAM dan Reading Rocks 2018


    17 Jan 2018 - Program Nilam merupakan satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di peringkat sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif membaca. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Noriah Bt Ismail, Guru Besar SK Seri Bintang Utara. Dalam majlis yang sama, Panitia Bahasa Inggeris turut melancarkan Program Reading Rocks bertujuan memberi galakan kepada murid membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris. Pada tahun ini, Panitia Bahasa Inggeris akan mewujudkan Reading Box di setiap kelas. Upacara penyerahan Reading Box disempurnakan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris kepada Puan Noriah Bt Haji Ismail sebagai simbolik bermulanya Program Pembaca Bahasa Inggeris 2018. Pelengkap kepada majlis pelancaran tersebut adalah persembahan story telling oleh adik Adeena Salimee (5 Bestari).
  • Program Pemuafakatan Ibu Bapa Calon UPSR 2018

    19 Januari 2018 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 19 Januari 2018 bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.
  • Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018


    Pada 30.01.18 yang lalu, Panitia Sejarah dengan kerjasama Kelab Rukun Negara telah menganjurkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat sekolah di Laman Bestari. Sambutan tersebut telah bermula pada pukul 7:40 pagi dan berakhir pada pukul 8:30 pagi yang melibatkan semua guru dan murid. Atur cara majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan lagu Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar iaitu Puan Noriah binti Abd Ghani. Kemudian, guru besar berserta para guru penolong kanan telah menarik tirai di papan pameran sebagai simbolik perasmian majlis. Persembahan semula Deklarasi Pemasyhuran Wilayah Persekutuan telah dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis diakhiri dengan kuiz bertemakan Wilayahku Kebanggaanku yang telah  dikendalikan oleh Encik Taufiq.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

5244
Hari IniHari Ini13
SemalamSemalam81
Minggu IniMinggu Ini853
Bulan IniBulan Ini2475