SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

Pencapaian





  • Tahniah kepada murid-murid SK Seri Bintang Utara yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan yang disertai. Program anjuran SK Saujana Impian, Kajang ini telah diadakan pada 18 Ogos (Sabtu) yang lalu. SKSBU telah menghantar seramai 23 orang peserta yang melibatkan murid Tahun 4-6 dalam pertandingan tersebut dan berikut merupakan pencapaian murid kita :

    Bil Pertandingan Pencapaian
    1  Sudoku  Perak Pertama
    2  Matematik (KBAT)  Perak Pertama
    3  Kuiz Sains  Perak Pertama
    4  Kuiz Matematik  Perak Kedua
    5  Kapal Terbang Kertas  Gangsa Pertama
    6  Bina Gajet  Gangsa Pertama
    7  Bercerita Sains  Gangsa Ketiga

    Lagi gambar di sini.


  • SK Seri Bintang Utara telah menyertai Karnival Kokuria Peringkat Kebangsaan (SBT) anjuran SK Perempuan Methodist, Kuantan Pahang pada 13-14 Julai yang lalu. Kontinjen SKSBU telah melakar beberapa kejayaan melalui pertandingan yang disertai. Rangkuman aktiviti dan kejayaan yang dicapai boleh dilihat melalui pautan gambar di sini.

  • Pada 14 Julai 2018 (Sabtu) SKSBU telah menghantar peserta ke Karnival Sains, Matematik dan Bakat Muda Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1).

    Keputusan pertandingan seperti yang berikut:



  • Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 09 Ogos 2018 (Khamis) yang lalu. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah persembahan deklamasi sajak, persembahan koir dan nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan bendera. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan Muzik serta Pusat Sumber Sekolah sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Sayangi Malaysiaku'.

  • 1. Qooco Asia Spelling Cup


    Pada 18 Ogos 2018, 2 orang murid SK Seri Bintang Utara, Farzana bt Md Azhar & Saniyyah bt Shah Jahan, dari kelas 4 Bestari telah mewakili Malaysia ke Pertandingan Qooco Asia Spelling Cup di Singapura. Kedua-dua murid berkenaan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ke 5 dan mendapat tempat top 10 bagi pertandingan tersebut. Pencapaian ini meneruskan rekod cemerlang penglibatan SKSBU dalam pertandingan tersebut khususnya dan acara antarabangsa amnya.
    Tahniah diucapkan kepada Farzana & Saniyyah. Diharapkan murid-murid lain turut serta dalam pertandingan tahun-tahun mendatang.

    2.Go English Project


    Pada 21 Ogos 2018, seramai 10 orang murid telah mewakili sekolah untuk menerima plak, sijil dan hadiah daripada penganjur program Go English Project di English Language Teaching Centre (ELTC). Murid-murid ini mewakili semua murid tahap 2 SK Seri Bintang Utara yang telah menghantar penyertaan mereka melalui poster, video dan podcast untuk program tersebut. Tajuk pada tahun ini ialah "Time Capsule". Ini merupakan tahun kedua penglibatan SKSBU dalam projek antarabangsa ini.
    Sukacita dimaklumkan bahawa SKSBU ialah sekolah rendah dengan penyertaan tertinggi sebanyak 453 orang peserta. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada murid-murid, ibubapa dan guru-guru yang telah berjaya menyumbang untuk program ini.

  • 14 Apr 2018 - SKSBU terus pamer kecemerlangan. Adik Hana Batrisyia dan Muhammad Afham yang muncul Johan dalam kategori masing-masing dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) di peringkat zon yang lalu meneruskan kecemerlangan semasa bertanding di peringkat negeri. Adik Hana Batrisyia mengharumkan nama sekolah apabila muncul johan negeri bagi kategori Tilawah al-Quran manakala Muhammad Afham muncul pemenang tempat ketiga bagi kategori Hafazan. Pertandingan telah diadakan pada 14 april (Sabtu) bertempat di SK Kiaramas. Tahniah diucapkan!

           Turut berlangsung pada hari yang sama ialah Festival Kesenian Islam (Peringkat Kebangsaan SBT) anjuran SK Convent Taiping, Perak. Festival ini melibatkan sekolah-sekolah dari seluruh negara yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi. SK Seri Bintang Utara di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi pertandingan yang diadakan antaranya pertandingan Kalam Jamaie, Nyanyian Arab dan pertandingan Bercerita.  Berikut adalah pencapaian sekolah dalam festival tersebut :

    Pertandingan Pencapaian
    1. Kalam Jama'ie Emas ke-3
    2. Nyanyian Arab Perak pertama
    3. Bercerita Emas ke-4

    Tahniah diucapkan atas pencapaian yang ditunjukkan. Kejayaan hanya akan terhasil melalui latihan dan usaha keras yang sudah tentu menuntut pelbagai pengorbanan. Syabas dan Tahniah!

    Lihat foto yang lain di sini.


  • 12 Mac 2018 - Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Seri Bintang Utara yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Zon Pudu yang diadakan pada 10 Mac yang lalu bertempat di SK Taman Midah 2. Berikut adalah pencapaian sekolah dalam majlis tersebut.

    1. Hana Batrisyia Bt Fairuz (6 Bestari) - Johan Tilawah (P)
    2. Muhammad Afham Bin Mohd Faizal (6 Bestari) - Johan Hafazan (L)
    3. Yusuf Ashraf Bin Amran (5 Bestari) - Tempat Ketiga Tilawah (L)
    4. Myriam Khayra Bt Mohammad Azren (4 Bestari) - Saguhati Bercerita 

    Tahniah! Bagi murid yang akan mewakili zon ke peringkat negeri, Selamat Maju Jaya. Semoga beroleh pencapaian yang lebih membanggakan.
  • Pada perhimpunan minggu ke-9 yang lalu (Isnin 26 Feb 2018), telah diumumkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh murid-murid SK Seri Bintang Utara. Berikut adalah kejayaan tersebut.

    1) Kursus Kenaikan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) WPKL

    Tahniah di atas kejayaan dua orang murid Tahun 6 iaitu Muhammad Adam dan Imran yang telah menerima kenaikan pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pangkat Sarjan merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai bagi seorang anggota TKRS. Kursus Kenaikan Pangkat ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMK Taman Tun Dr Ismail pada 23-25 Feb yang lalu melibatkan seluruh anggota TKRS sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid telah diuji dengan pelbagai kemahiran seperti kawad kaki, ikatan tali, pandu arah, kraf dan sebagainya bagi melayakkan sesoeorang itu dianugerahkan dengan pangkat. 

    Tahniah diucapkan sekali lagi. Sebagai pemegang pangkat (Rank Holder), jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. 


    2) Bintang Kecemerlangan Tahun 6 #1

    Bintang Kecemerlangan ini merupakan pengiktirafan khusus kepada murid tahun 6 yang mencapai semua A dalam setiap ujian penilaian/peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi ujian diagnostik yang telah dijalankan, seramai 3 orang murid mendapat pengiktirafan ini. Semoga akan lebih ramai murid yang akan naik ke pentas bagi menerima bintang kecemerlangan ini pada ujian/penilaian yang seterusnya.

    Tahniah!


  • Selain daripada menyertai pertandingan di bawah KPM, murid-murid SK Seri Bintang Utara turut menyertai pertandingan anjuran persatuan luar atas inisiatif ibu bapa yang komited dalam mengembangkan potensi anak masing-masing. Antara kejayaan yang diperoleh ketika ini adalah melalui sukan taekwando, badminton dan memanah.


  • Program Reading Rocks merupakan satu program khusus untuk memberi motivasi dan seterusnya melahirkan tabiat membaca buku Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SKSBU. Pelaksanan program ini bersifat pertandingan di mana bilangan buku terbanyak yang dicatatkan di buku Nilam akan diberi penghargaan mengikut aliran.

    Justeru itu, satu majlis pemberian tropi dan lencana untuk pembaca terbanyak setiap aliran untuk Semester 1/2018 telah diadakan pada 9hb Julai 2018.

    Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:
    Tahun 1 : Nur Eryna Keysha Binti Mohd Hafiz (1 Cemerlang)
    Tahun 2 : Puteri Khalisa Zahra Binti Mohd Hisham ( 2 Bestari)
    Tahun 3 : Kushalini A/P Jason Rao (3 Bestari)
    Tahun 4 : Hussein Bin Hakim (4 Bestari)
    Tahun 5 : Roobananthan A/P Paramananthan ( 5 Inovatif)
    Tahun 6 : Elly Mazlin Binti Mohd Zamir (6 Bestari)

  • 01 Feb 2018 - Tahniah kepada murid-murid KAFA SK Seri Bintang Utara yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang telah diumumkan pada 29 Januari (Isnin) yang lalu. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan jangan berputus asa. Lakukan yang terbaik dalam menghadapi peperiksaan seterusnya.

    Foto sekitar Majlis Pengumuman di sini
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

40066
Hari IniHari Ini89
SemalamSemalam180
Minggu IniMinggu Ini456
Bulan IniBulan Ini5016