PIBG


  • 18 Februari 2019 - Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM melalui 'Program Jom ke Sekolah' telah dilancarkan secara serentak seluruh negara pada 18 Februari yang lalu iaitu pada waktu perhimpunan mingguan. Program ini merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah bertujuan menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.

  • 19 Januari 2018 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 19 Januari 2018 bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.
  • 18 Januari 2019 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 18 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. 

  • Program permuafakatan Ibu Bapa bersama Guru Besar dan Guru-guru Tahun 6 telah diadakan pada 17/01/2020 (Jumaat). Tujuan program ini dilaksanakan untuk membina hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Program ini juga menjadi medium untuk menyampaikan target UPSR 2020 yang telah ditetapkan kepada para ibu bapa agar dapat bersama-sama membantu pihak sekolah mencapai sasaran tersebut. Penceramah terkenal iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah juga turut dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada ibu bapa yang hadir. Manakala murid-murid telah mendengar ceramah pengurusan masa yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG, penyumbang dana, serta para ibu bapa yang hadir atas sokongan dan kerjasama padu yang diberikan. Semoga keputusan UPSR pada tahun ini lebih cemerlang berbanding tahun-tahun yang lalu.
    Gambar program di sini. Video program di sini.

  • Pada Rabu 19 Februari 2020, SK Seri Bintang Utara telah berlapang dada menerima kunjungan delegasi daripada 3 buah sekolah dari Indonesia. Sekolah-sekolah tersebut ialah SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare, kesemuanya dari wilayah Jawa Timur, Indonesia. Delegasi diketuai Bapak Suyanto, Kepala Sekolah SD Al-Kautsar dan Ibu Erry Nurahim, Kepala Sekolah MI Muhammadiyah 1 Kota Pare , manakala Ibu Lina Samraida mewakili SD Pembangunan Jaya Sidoarjo mengiringi kunjungan delegasi 54 murid dan 10 orang guru.
    Setibanya di SKSBU, delegasi disambut dengan paluan kompang selawat, persembahan silat dan tarian tradisional. Tetamu turut berbesar hati mempersembahkan tarian nusantara mereka. Seterusnya, delegasi diberikan penerangan tentang SK Seri Bintang Utara, dibawa melawat persekitaran sekolah dan menandatangani beberapa dokumen persetujuan kolaborasi. Murid-murid yang berkunjung tiba juga dipasangkan dengan murid-murid SKSBU yang berperanan sebagai 'buddies'. Sejurus kemudian, mereka turut serta di dalam sesi pembelajaran subjek-subjek terpilih.
    Pada sebelah petangnya, warga SKSBU dihiburkan dengan 6 persembahan daripada murid-murid 3 sekolah tersebut. Majlis berakhir pada jam 1 petang dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi berkumpulan. Banyak perkongsian ilmu diperoleh dan tentu sekali, memori tercipta bersama. Diharapkan ukhwah yang terjalin di antara SK Seri Bintang dengan SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare terus mekar sentiasa. 
    Galeri gambar dan video program di sini.

  • 27 Apr 2019 - Tahniah Rumah Prouse (Ungu) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-55 yang berlangsung baru-baru ini.
  • 03 Mei 2019 -Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut lebih awal kerana tarikh 16 Mei jatuh pada bulan Ramadan. Hari Guru tahun ini disambut meriah dengan guru-guru memperagakan pakaian etnik antarabangsa. Acara bermula pada pukul 10.00 pagi dengan para guru berarak ke pentas untuk nyanyian lagu 'Guru Malaysia', bacaan ikrar dan pemotongan kek. Majlis diteruskan dengan beberapa buah persembahan nyanyian dari murid-murid dan guru. Beberapa anugerah telah disampaikan iaitu Kehadiran Penuh Guru Tahun 2018, Buku Rekod Mengajar Terbaik, Kehadiran Paling Awal dan Pakaian Tema Terbaik. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga menjadi inspirasi kepada guru-guru lain. Selesai majlis di Laman Bestari bersama murid-murid, agenda seterusnya adalah sesi jamuan dan bertukar-tukar hadiah antara guru.

    Tahniah juga kepada staf sekolah yang bertukar keluar atas kenaikan pangkat sebagai ketua kerani iaitu Puan Monalisa Bt AG Besar. Semoga terus maju di tempat baru. Beliau turut diraikan dalam majlis pada hari ini.

    Galeri Foto di sini.

  • 18 Jun 2019 (Selasa) - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah disambut meriah dengan pelbagai hidangan dan juadah yang dibawa oleh warga sekolah terutamanya murid-murid. Turut memeriahkan sambutan apabila PIBG berbesar hati menyumbang makanan berupa ayam goreng pada hari berkenaan. Kemeriahan hari raya dirasai dengan adanya hiasan pentas bertemakan keindahan beraya di suasana kampung. Terima kasih kepada Cikgu Faiq dan pasukan yang telah mengorbankan masa dan tenaga bagi menyiapkan hiasan tersebut. Selesai sesi di sebelah pagi bersama murid, di sebelah petang pula, satu sesi jamuan 'Rumah Terbuka' telah diadakan dengan jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu dan Guru Besar sekolah-sekolah berhampiran. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua yang sudi meluangkan masa. 

    Lihat kemeriahan suasana Hari Raya di sini.


  • SUMBANGAN TABUNG PRIHATIN COVID19 SK SERI BINTANG UTARA

    Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa yang dihormati.

    Individu / Dermawan dijemput menyalurkan sumbangan ke tabung ini agar pihak KAMI dapat menyerahkan kepada ibu bapa & anak-anak yang layak dan terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN:

    Bank: Bank Rakyat
    No Akaun 110751001259
    Pemegang Akaun PIBG SK SERI BINTANG UTARA

    rujukan tag: tabungcovidSKSBU

    Sila hantar slip sumbangan ke whatsapp 👇
    Puan Siva 017-6090036

    Tabung sumbangan dibuka bermula hari ini Ahad 29 Mac 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan di beritahu kelak bergantung kepada berapa lama PKP ini akan berjalan.

    Semoga Allah mempermudahkan urusan dan memberkati rezeki kita semua.

    Semoga kita dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.


  • Ibubapa atau Penjaga murid-murid SK Seri Bintang Utara boleh mengisi borang atas talian di capaian iniuntuk pertimbangan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bintang Utara tahun 2020. Sekiranya borang manual (offline) diperlukan, sila hubungi guru kelas masing-masing.

  • NOTA: Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Seri Bintang Utara mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama ibubapa untuk hadir ke program gotong-royong ini. Dipersilakan membawa peralatan yang difikirkan sesuai dan perlu.


  • 10 Mac 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ismail Bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Persembahan Gendang Cina membuka tirai mesyuarat tahun ini. Pelbagai isu telah dibincang, diambil tindakan dan diselesaikan demi kepentingan anak-anak. Turut berlangsung semasa mesyuarat ialah pelancaran laman web baru sekolah dan saluran Youtube bagi memaparkan dokumentasi aktiviti sekolah dalam bentuk video.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

264678
Hari IniHari Ini212
SemalamSemalam832
Minggu IniMinggu Ini2445
Bulan IniBulan Ini4283