PIBG



  • Bil Nama Jawatan No Telefon E-mel
    1.  Puan Che Norizam Bt Abdullah Penasihat 03-9283 8284 (Pej) gurubesar@sksbu.com
    2.  En Md Fauzee Bin Ishak Yang Dipertua 019-3613113
    3.  En. Hakim bin Hamzah Naib Yang Dipertua 012-5389835 hakim@mcoba.org
    4.  Pn. Noorasiah Bt Ab Rahman Setiausaha Kehormat noorasiah@sksbu.com
    5.  Pn. Siva Sanggari Ramalingam Bendahari Kehormat siva@sksbu.com
    6.  Pn. Sareah bt. Arshad AJK Guru sareah@sksbu.com
    7.  Pn. Haslimah Bt Paimin AJK Guru haslimah@sksbu.com
    8.  En. Mohamad Faiq Abd Ghani AJK Guru faiq@sksbu.com
    9.  En Mohamad Taufiq Bin Jamal AJK Guru taufiq@sksbu.com
    10.  En Mohamad Fitri M. Mokhtar AJK Guru fitri@sksbu.com
    11.  En. Norsuzamir bin Nordin AJK Ibu bapa 019-2257287
    12.  Pn. Mohny Devi a/p Gurdev Singh AJK Ibu bapa 017-3567982
    13.  En. Maghesun Krishnasamy AJK Ibu bapa
    14.  En. Izhanif Firdaus bin M. Basuki AJK Ibu bapa
    15.  Pn Fazlin Bt Omar AJK Ibu bapa
    16.  En. Zakiliah B. Mohamed Hassan Juruaudit 1 019-2412468
    17.  En. Naga Ganesh Juruaudit 2


  • Bil Nama Jawatan No Telefon E-mel
    1.  Puan Noriah Bt Hj Ismail Penasihat 03-9283 8284 (Pej) gurubesar@sksbu.com
    2.  En. Hakim bin Hamzah Yang Dipertua 012-5389835 hakim.hamzah@mcoba.org
    3.  En. Mohd Yusof Bin Hanif Naib Yang Dipertua
    4.  Pn. Noorasiah Bt Ab Rahman Setiausaha Kehormat noorasiah@sksbu.com
    5.  Pn. Siva Sanggari Ramalingam Bendahari Kehormat siva@sksbu.com
    6.  Pn. Sareah Bt Arshad AJK Guru sareah@sksbu.com
    7.  Pn. Haslimah Bt Paimin AJK Guru haslimah@sksbu.com
    8.  En. Ahmad Hambali Bin Khalid AJK Guru hambali@sksbu.com
    9.  En. Mohamad Taufiq Bin Jamal AJK Guru taufiq@sksbu.com
    10.  Pn. Mohny Devi a/p Gurdev Singh AJK Ibu bapa 017-3567982
    11.  Pn. Zuhaida Bt Yusoff AJK Ibu bapa
    12.  En. Mohd Redzuan B Mohd Daud AJK Ibu bapa
    13.  En. Gopalakrishnan A/L Sevaraju AJK Ibu bapa
    14.  En. Ghazally B. Abdul Rahman AJK Ibu bapa
    15.  En. Zakiliah B. Mohamed Hassan Juruaudit 1
    16.  Puan Hu Pak Lim Juruaudit 2 hu@sksbu.com


  • Bil Nama Jawatan No Telefon E-mel
    1.  Pn. Noriah Bt Hj Ismail Penasihat 03-9283 8284 (Pej) gurubesar@sksbu.com
    2.  En. Hakim bin Hamzah Yang Dipertua 012-5389835 hakim.hamzah@mcoba.org
    3.  Pn. Zuhaida Bt Yusoff Naib Yang Dipertua
    4.  Pn. Noorasiah Bt Ab Rahman Setiausaha Kehormat noorasiah@sksbu.com
    5.  Pn. Siva Sanggari Ramalingam Bendahari Kehormat siva@sksbu.com
    6.  Pn. Hjh. Sareah Bt Arshad AJK Guru sareah@sksbu.com
    7.  Pn. Haslimah Bt Paimin AJK Guru haslimah@sksbu.com
    8.  En. Mohd Hafiz Bin Ahmad Tamizi AJK Guru hafiz@sksbu.com
    9.  En. Mohamad Taufiq Bin Jamal AJK Guru taufiq@sksbu.com
    10.  Pn. J. Saira Banu Bt Jinnah  AJK Guru saira@sksbu.com
    11.  Pn. Mohny Devi a/p Gurdev Singh AJK Ibu bapa 017-3567982
    12.  En. Mohd Redzuan B Mohd Daud AJK Ibu bapa
    13.  En. Jeyaprahas A/L P Kandasamy AJK Ibu bapa
    14.  En. Norrul Izuhan bin Shafri AJK Ibu bapa
    15.  Pn. Normaziyah AJK Ibu bapa
    16.  En. Mohd Zakiliah B. Mohamed Hassan Juruaudit 1
    17.  Pn. Hu Pak Lim Juruaudit 2 hu@sksbu.com


  • Bil Nama Jawatan E-mel
    1.  Pn. Noriah Bt Hj Ismail Penasihat gurubesar@sksbu.com
    2.  En. Hakim bin Hamzah Yang Dipertua ydp-pibg@sksbu.com
    3.  Pn. Zuhaida Bt Yusoff Naib Yang Dipertua nydp-pibg@sksbu.com
    4.  Pn. Noorasiah Bt Ab Rahman Setiausaha Kehormat noorasiah@sksbu.com
    5.  Pn. Siva Sanggari Ramalingam Bendahari Kehormat siva@sksbu.com
    6.  Pn. Hjh. Sareah Bt Arshad AJK Guru sareah@sksbu.com
    7.  En. Khairul Nazri b Mond Yatim AJK Guru nazri@sksbu.com
    8.  En. Mohamad Taufiq Bin Jamal AJK Guru taufiq@sksbu.com
    9.  En. Muhammad Naqib bin Ibrahim AJK Guru naqib@sksbu.com
    10.  Pn. J. Saira Banu Bt Jinnah  AJK Guru saira@sksbu.com
    11.  Pn. Julia bt Baseri AJK Ibu bapa ajk-pibg@sksbu.com
    12.  En. Mohd Redzuan B Mohd Daud AJK Ibu bapa ajk-pibg@sksbu.com
    13.  En. Jeyaprahas A/L P Kandasamy AJK Ibu bapa ajk-pibg@sksbu.com
    14.  En. Mohd Aizuddin bin Mohd Nor AJK Ibu bapa ajk-pibg@sksbu.com
    15.  Pn. Normaziyah Setapa AJK Ibu bapa ajk-pibg@sksbu.com
    16.  En. Mohd Zakiliah B. Mohamed Hassan Juruaudit ajk-pibg@sksbu.com
    17.  Pn. Hu Pak Lim Juruaudit Dalaman hu@sksbu.com


  • 04 Sept 2019
    - Hari yang dinantikan oleh semua calon UPSR 2019. Inilah medan perjuangan bagi menunjukkan potensi masing-masing setelah berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu sepanjang 6 tahun alam persekolahan sekolah rendah. Semoga segala usaha dan pengorbanan menghasilkan keputusan yang membanggakan. Teruskan perjuangan. 

    Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan sumbangan kepada anak-anak sepanjang UPSR 2019 berlangsung. 

    Suasana sekitar hari peperiksaan di sini.

  • 20 April 2019 (Sabtu) - Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan aktiviti gotong-royong pada tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini  adalah membersihkan kawasan taman herba, menanam dan menempatkan pokok-pokok hasil sumbangan ibu bapa, menampal simen lantai yang pecah, keceriaan tandas, membaiki gendang cina dan mengecat sekitar kawasan tempat letak kereta. Turut sama menjayakan program ini adalah ibu bapa Prasekolah (PEWARIS) yang hadir untuk keceriaan Prasekolah.

    Semoga usaha murni semua pihak ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa seterusnya menjadikan sekolah kawasan yang ceria dan selesa untuk anak-anak belajar. Pihak sekolah sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.


    Galeri foto di sini.

  • 21 Julai 2018 (Sabtu) - Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama membantu dalam aktiviti gotong-royong perdana pada tahun ini. Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi di Anjung Sekolah. Selesai sarapan pagi, satu majlis ringkas pelancaran HIP (High Immersive Program) telah diadakan di suatu sudut khas di Laman Bestari bertujuan memberi pendedahan terus kepada ibu bapa yang hadir mengenai program baru Kementerian Pendidikan ini. Penerangan telah disampaikan oleh wakil PIBG Pn Mohny Devi dan pelancaran oleh En Hakim Bin Hamzah (YDP PIBG). Seterusnya program diisi dengan persembahan Story Telling oleh adik Uzma Batrisyia dari Tahun 6 Bestari.

  • 5 April 2019 - Hari Bicara Ilmu merupakan peluang kepada ibu bapa dan guru kelas untuk membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak. Bagi murid-murid Tahap 2, perbincangan menjurus kepada ujian yang baru sahaja selesai dijalankan sebelum cuti pertengahan semester yang lalu. Bagi murid-murid tahap 1, tiada lagi peperiksaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perbincangan lebih kepada keupayaan murid menguasai atau tidak menguasai pentaksiran mata pelajaran yang dijalankan secara berterusan oleh guru dalam bilik darjah.  

    Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'. 

    Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.

    Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.

    Foto sekitar program, klik sini.

  • 13 Okt - Hari Sukan Negara peringkat sekolah berlangsung seperti yang dirancang. Pelbagai aktiviti diadakan sempena program kali ini yang turut melibatkan ibu bapa. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh Pn Natasha dan Pn Wan Nor Amira seterusnya diikuti dengan acara merentas desa bagi murid-murid. Bagi ibu bapa, AJK PIBG telah menganjurkan acara Fun Run sejauh 5km. Semua peserta Fun Run diberikan baju, sijil penyertaan dan medal. Acara seterusnya ialah perlawanan persahabatan antara guru dan ibu bapa iaitu pertandingan bola sepak 7 sebelah  dan juga bola jaring. Bagi murid-murid terdapat aktiviti bermain air bouncer dan shooting. Terdapat juga Food Truck yang menyediakan pilihan makanan untuk peserta.

    Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program pada kali ini.

    Galeri foto sekitar program di sini.

  • 22 Jun 2019 (Sabtu) - SK Seri Bintang Utara telah menghantar kontinjen seramai 29 orang murid ke Putrajaya untuk menyertai Karnival Citranovasi dan Ceritera Sahabat Pengakap anjuran SK Putrajaya Presint 9(2), salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dalam negara. Pertandingan bertaraf kebangsaan ini telah menyaksikan beberapa pencapaian yang membanggakan oleh kontinjen sekolah. Daripada 15 jenis pertandingan yang ditawarkan, SKSBU telah menyertai sebanyak 9 jenis acara. Berikut merupakan pencapaian sekolah dalam karnival tersebut :

    Pencapaian Pertandingan
     Emas  1. Roket Air (Sasaran)
     2. Pandu Arah (TKRS)
     Perak  1. Kuiz Bijak Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
     2. Bantu Mula (BBSM)
     3. Gubahan Bunga (Puteri Islam)
     Gangsa  1. Kuiz Bijak Sains
     2. Kuiz Bijak Matematik
     3. Sudoku
     4. Memasak (Pandu Puteri Tunas)

    Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing yang komited dalam melatih tanpa mengira masa.

    Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.
    Anda juga boleh klik pautan galeri foto dan video yag terdapat disebelah kanan laman web untuk aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Jangan lupa subscribe Saluran Youtube Sekolah, Bintang Broadcasting Studio.

  • Pada 12-13 April yang lalu, SK Seri Bintang Utara telah menghantar kontinjen terdiri daripada kumpulan pengakap, tarian dan peserta Bahasa Inggeris ke Kuantan, Pahang untuk menyertai Karnival Pengakap dan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh SK St Thomas. Pertandingan bertaraf kebangsaan ini telah menyaksikan beberapa pencapaian yang membanggakan oleh kontinjen sekolah. Berikut merupakan pencapaian sekolah dalam karnival tersebut :

    Pencapaian Pertandingan
     Emas  Tarian
     Perak  Gajet
     Gangsa  1. Bantu Mula
     2. Public Speaking
     3. Words Buzz
     4. Duo Singing
     5. Kawad Kaki
     6. Ikatan dan Simpulan

    Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing yang komited dalam melatih tanpa mengira masa.

    Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.
    Aksi pasukan tarian sekolah yang berjaya meraih emas di sini.
    Anda juga boleh klik pautan galeri foto dan video yag terdapat disebelah kanan laman web untuk aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Jangan lupa subscribe Saluran Youtube Sekolah, Bintang Broadcasting Studio.

  • Pada Rabu 22 Julai 2020, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Senator Dr Radzi Jidin meluangkan masa beliau untuk melihat keadaan hari pertama anak-anak Tahun 1 hingga Tahun 4 di SK Seri Bintang Utara. Beliau menghargai peranan guru dan ibu bapa dalam memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak di sekolah.
    Terima kasih warga SKSBU!



    Klik sini untuk melihat entry Facebook YAB Menteri Pendidikan.
    Galeri gambar akan menyusul..

  • 16 Mac 2019 (Sabtu) - Terima kasih atas kesudian SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar (SKSI II) memilih SK Seri Bintang Utara sebagai destinasi pilihan untuk mengadakan lawatan penanda aras. SKSI II juga merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Rombongan SK Sultan Idris II hadir diketuai guru besarnya, Pn Hjh Hamsiah Bt Abang Mohtar bersama 37 ahli rombongan. Turut hadir menyertai rombongan ini ialah NYDP PIBG dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Nasib, Pn. Yong Rosidah Bt Abd Jabar. Kehadiran rombongan lebih kurang pukul 10 pagi disambut dengan persemabahan Gendang Cina, Tarian Selamat Datang dan Nyanyian Arab. Rombongan kemudian dibawa untuk sesi taklimat bersama guru besar dan sesi menandatangani Memerondum Persefahaman (MoU). Selesai menandatangani MoU dan penyampaian cenderahati, rombongan dibawa melawat ke bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas antaranya, Bintang Broadcasting Studio, Pusat Sumber i-LC, Bilik Audio Visual, Bilik Multimedia, Surau dan Frog Classroom.

    Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dibawa pulang. Sekiranya ada kelemahan dan kekurangan dari pihak kami, mohon ribuan kemaafan. Semoga jaringan kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih daun keladi atas kunjungan. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bersara kepada guru besar SKSI II, Pn Hjh Hamsiah yang bersara dalam masa terdekat ini. 

    Gambar sekitar lawatan, klik sini.
    Video sekitar lawatan, klik sini.

  • 8 Mac 2019 - Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada pemimpin-pemimpin kecil sekolah yang telah diberi kepercayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Majlis Pelantikan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Puan Noriah Bt Hj Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG, En Hakim bin Hamzah bersama AJK-AJK PIBG yang lain. Melalui majlis tersebut, semua pengawas yang dilantik telah menerima watikan dan sijil pelantikan. Seterusnya bacaan ikrar oleh setiap badan pengawas diketuai oleh ketua masing-masing yang turut diumum pada hari yang sama. Berikut adalah ketua-ketua bagi setiap badan pengawas ;

    Ketua Pengawas Sekolah  : Nyssa Fariheen Bt Mohd Nazimi (6 Bestari)
    Ketua Pengawas Pusat Sumber  : Loong Min Li (6 Bestari)
    Ketua Pengawas SPBT : Muhammad Hariz Bin Azrul (6 Cemerlang)

    Selamat Menjalankan Tugas ! Laksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

    Foto sekitar majlis di sini.

  • Foto sekitar majlis di sini


  • Jadual Peperiksaan UPSR 2019
    Tarikh / Hari Mata Pelajaran Masa
    4 September 2019 (Rabu)  Bahasa Melayu Pemahaman  8.15 am - 9.30 am
     Bahasa Melayu Penulisan   10.45 am - 12.00 pm
    5 September 2019 (Khamis)  Bahasa Inggeris Pemahaman  8.15 am - 9.30 am
     Bahasa Inggeris Penulisan  10.45 am - 12.00 pm
    10 September 2019 (Selasa)  Matematik (Kertas 1)  8.15 am - 9.15 am
     Matematik (Kertas 2)  10.45 am - 11.45 am
     11 September 2019 (Rabu)  Sains (Kertas 1)  8.15 am - 9.15 am
     Sains (Kertas 2)  10.45 am - 11.45 am

    Selamat Maju Jaya!


    Terima kasih PIBG atas sumbangan alat tulis kepada semua calon UPSR 2019.
    Foto sekitar majlis di sini.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 46 telah belangsung pada 15 Februari 2020 dengan suasana lancar dan harmoni. Seperti tahun sudah, kehadiran ibu bapa dan buku mesyuarat telah menggunakan sistem QR Code dimana ibu bapa dikehendaki mengimbas QR Code melalui telefon pintar masing-masing untuk mendaftar kehadiran dan memuat turun buku mesyuarat. Melalui kaedah ini, proses pendaftaran menjadi lebih cepat dan penjimatan kertas dapat diaplikasi sebaik mungkin. Lebih 200 orang ibu bapa, penjaga & guru hadir untuk mesyuarat tahun ini.

    Seperti kelazimannya, pelbagai usul telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bagi menjamin keselesaan dan keseronokan anak-anak belajar di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan turut sama memberikan idea dan buah fikiran yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.  

    Selah pelbagai usul dibahas dan dibentangkan, agenda seterusnya yang turut dinantikan adalah memilih dan melantik jawatankuasa yang baru bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan jawatankuasa sebelum-sebelumnya. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada En Hakim Bin Hamzah apabila diberi peluang dan kepercayaan sekali lagi untuk menerajui kepimpinan PIBG pada tahun ini. Ini adalah tahun ketiga En Hakim dilantik sebagai YDP PIBG. Jawatankuasa pada tahun 2020/2021 turut menampilkan beberapa muka baru. Adalah diharapkan, gandingan kerjasama jawatankuasa pada kali ini dapat mengekalkan momentum prestasi sedia ada malah ditambah baik dari tahun sebelumnya. 

    Galeri gambar semasa mesyuarat berlangsung klik di sini.
    Senarai AJK PIBG 2020/2021 klik sini.

  • 23 Februari 2019 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tahun ini berjalan dengan suasana lancar dan harmoni. Pada tahun ini, kehadiran ibu bapa dan buku mesyuarat telah menggunakan sistem QR Code dimana ibu bapa dikehendaki mengimbas QR Code melalui telefon pintar masing-masing untuk mendaftar kehadiran dan memuat turun buku mesyuarat. Melalui kaedah ini, proses pendaftaran menjadi lebih cepat dan penjimatan kertas dapat diaplikasi sebaik mungkin. Kehadiran ibu bapa pada tahun ini turut menggalakkan. 

  • Pada Sabtu 28 Mei 2022, pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 secara bersemuka dengan mengikut Standard Pengoperasian yang telah ditetapkan. Penglibatan ibubapa sangat menggalakkan. Untuk melihat gambar sekitar mesyuarat diadakan boleh klik disini.

    Barisan Ahli Jawatankuasa Bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut :

    1.      

    Noriah binti Hj Ismail

    PENASIHAT

    2.      

    Normaziyah binti Setapa

    YDP

    3.       

    Zuhaida binti Yusoff

    NYDP

    4.       

    Noorasiah binti Ab Rahman

    SETIAUSAHA

    5.       

    Siva Sanggari a/p Ramalinggam

    BENDAHARI

    6.       

    Mohd Redzuan bin Mohd Daud

    AJK IBU BAPA

    7.       

    Julia binti Baseri

    AJK IBU BAPA

    8.       

    William Norris

    AJK IBU BAPA

    9.       

    Fareen Shazli bin Ali

    AJK IBU BAPA

    10.    

    Nuroll Azrin binti Kamaroll Zaman

    AJK IBU BAPA

    11.    

    Sareah binti Arshad

    AJK GURU

    12.    

    J. Saira Banu binti Jinnah

    AJK GURU

    13.    

    Mohamad Taufiq Bin Jamal

    AJK GURU

    14.    

    Mohamad Faiq bin Abdul Ghani

    AJK GURU

    15.    

    Muhammad Nadzrin bin Anuwar

    AJK GURU

    16.    

    Muhammad Azzamuddin bin Ahmad

    AJK GURU

    17.    

    Hakim bin Hamzah

    JURU AUDIT 1

    18.    

    Hu Pak Lim

    JURU AUDIT DALAMAN

    https://www.sksbu.com/v8/images/2022/Galeri/PIBG 2022.png

     

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

784546
Hari IniHari Ini232
SemalamSemalam341
Minggu IniMinggu Ini2197
Bulan IniBulan Ini7511