Hari Bicara Ilmu
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'.
Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.
Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.
Foto sekitar program, klik sini.
Latihan Kawad Kebakaran (Siri 1)
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
Foto sekitar latihan dijalankan, klik sini.
Scrabble Workshop
- Details
- Written by Nalini Thangavelloo
- Category: Blog

Pada 16 Mac 2019 yang lalu, iaitu hari yang sama ketika SK Sultan Idris II mengadakan lawatan ke SKSBU, satu Scrabble Workshop anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan di Makmal Sains 1. Seramai 38 orang murid dari tahun 3 hingga 6 menyertai bengkel tersebut. Bengkel tersebut diketuai oleh Encik Mohammad Ali Ismail, President Malaysian Scrabble Association dimana peserta diberi pendedahan mengenai kemahiran asas mengenai permainan Scrabble di samping mengetahui kebaikan permainan tersebut. Diharapkan lebih ramai murid-murid mempertingkatkan pengetahuan tentang permainan ini dan bukan sahaja sebagai hobi tetapi menyertai pertandingan di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
Tahniah kepada semua peserta !
Untuk foto sekitar program klik sini. Klik juga pada pautan galeri foto dan video di sebelah kanan laman web ini untuk melihat aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
Lawatan Penanda Aras SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog

16 Mac 2019 (Sabtu) - Terima kasih atas kesudian SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar (SKSI II) memilih SK Seri Bintang Utara sebagai destinasi pilihan untuk mengadakan lawatan penanda aras. SKSI II juga merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Rombongan SK Sultan Idris II hadir diketuai guru besarnya, Pn Hjh Hamsiah Bt Abang Mohtar bersama 37 ahli rombongan. Turut hadir menyertai rombongan ini ialah NYDP PIBG dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Nasib, Pn. Yong Rosidah Bt Abd Jabar. Kehadiran rombongan lebih kurang pukul 10 pagi disambut dengan persemabahan Gendang Cina, Tarian Selamat Datang dan Nyanyian Arab. Rombongan kemudian dibawa untuk sesi taklimat bersama guru besar dan sesi menandatangani Memerondum Persefahaman (MoU). Selesai menandatangani MoU dan penyampaian cenderahati, rombongan dibawa melawat ke bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas antaranya, Bintang Broadcasting Studio, Pusat Sumber i-LC, Bilik Audio Visual, Bilik Multimedia, Surau dan Frog Classroom.
Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dibawa pulang. Sekiranya ada kelemahan dan kekurangan dari pihak kami, mohon ribuan kemaafan. Semoga jaringan kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih daun keladi atas kunjungan. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bersara kepada guru besar SKSI II, Pn Hjh Hamsiah yang bersara dalam masa terdekat ini.
Gambar sekitar lawatan, klik sini.
Video sekitar lawatan, klik sini.
Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog

8 Mac 2019 - Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada pemimpin-pemimpin kecil sekolah yang telah diberi kepercayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Majlis Pelantikan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Puan Noriah Bt Hj Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG, En Hakim bin Hamzah bersama AJK-AJK PIBG yang lain. Melalui majlis tersebut, semua pengawas yang dilantik telah menerima watikan dan sijil pelantikan. Seterusnya bacaan ikrar oleh setiap badan pengawas diketuai oleh ketua masing-masing yang turut diumum pada hari yang sama. Berikut adalah ketua-ketua bagi setiap badan pengawas ;
Ketua Pengawas Sekolah | : Nyssa Fariheen Bt Mohd Nazimi (6 Bestari) |
Ketua Pengawas Pusat Sumber | : Loong Min Li (6 Bestari) |
Ketua Pengawas SPBT | : Muhammad Hariz Bin Azrul (6 Cemerlang) |
Selamat Menjalankan Tugas ! Laksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.
Foto sekitar majlis di sini.