News


04 Sept 2019
- Hari yang dinantikan oleh semua calon UPSR 2019. Inilah medan perjuangan bagi menunjukkan potensi masing-masing setelah berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu sepanjang 6 tahun alam persekolahan sekolah rendah. Semoga segala usaha dan pengorbanan menghasilkan keputusan yang membanggakan. Teruskan perjuangan. 

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan sumbangan kepada anak-anak sepanjang UPSR 2019 berlangsung. 

Suasana sekitar hari peperiksaan di sini.


Jadual Peperiksaan UPSR 2019
Tarikh / Hari Mata Pelajaran Masa
4 September 2019 (Rabu)  Bahasa Melayu Pemahaman  8.15 am - 9.30 am
 Bahasa Melayu Penulisan   10.45 am - 12.00 pm
5 September 2019 (Khamis)  Bahasa Inggeris Pemahaman  8.15 am - 9.30 am
 Bahasa Inggeris Penulisan  10.45 am - 12.00 pm
10 September 2019 (Selasa)  Matematik (Kertas 1)  8.15 am - 9.15 am
 Matematik (Kertas 2)  10.45 am - 11.45 am
 11 September 2019 (Rabu)  Sains (Kertas 1)  8.15 am - 9.15 am
 Sains (Kertas 2)  10.45 am - 11.45 am

Selamat Maju Jaya!


Terima kasih PIBG atas sumbangan alat tulis kepada semua calon UPSR 2019.
Foto sekitar majlis di sini.

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SKSBU pada tahun ini dengan kerjasama Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Boleh klik pada link berita Bernama di atas untuk berita yang lebih jelas. Terima kasih KOPETRO atas kehadiran dan sumbangan bendera dan button badge kepada seluruh warga sekolah.

Foto sekitar program di sini.

26 Julai 2019 (Jumaat)
- Seramai 8 orang guru termasuk Guru Besar, Pn Noriah Bt Ismail bersama 4 orang murid terdiri daripada AJK Tertinggi Pengawas Sekolah berpeluang ke Singapura untuk Program Jaringan Ilmu bersama CHIJ Our Lady of the Nativity (CHIJ OLN). Melalui program tersebut, pihak sekolah berasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di CHIJ OLN, salah sebuah sekolah terbaik di Singapura. Kedua-dua sekolah turut berkongsi ilmu mengenai sistem pendidikan terkini yang menjadi amalan negara masing-masing. Dapatan melalui program ini, SKSBU diharap dapat menambah baik amalan PdPC terutamanya dalam bidang ICT. Untuk pengetahuan juga, kolaborasi bersama CHIJ OLN juga sebenarnya telah bermula pada tahun 2010 lagi apabila SKSBU mula diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Kedua-dua sekolah saling berbalas kunjungan. Program pada tahun ini merupakan kunjungan kali ketiga SKSBU ke CHIJ OLN. Terima kasih CHIJ OLN atas kesudian menerima kunjungan kami.

Saksikan rangkuman lawatan melalui video di bawah dan jangan lupa subscribe saluran rasmi youtube sekolah, Bintang Broadcasting Studio.

Foto sekitar program, klik sini.
JUL
23
Minggu Sihat Doktor Muda
23 Julai 2019 07.30am -12.00pm


23 Julai 2019 (Selasa)Julung kali diadakan kerjasama antara Kelab Dr Muda SKSBU dan Jabatan Kesihatan Cheras. Acara bermula 7.45 pagi dengan ucapan Guru Besar, Puan Noriah Bt Hj Ismail. Seterusnya bacaan ikrar dan nyanyian lagu Kelab Dr Muda oleh ahli kelab Dr Muda. Gimik pelancaran iaitu pelepasan burung merpati merupakan simbolik kepada kebebasan setiap individu untuk memilih menjadi sihat. Senamrobik turut diadakan oleh murid Kelab Dr Muda tahun 3 dan dibimbing oleh guru praktikum. Acara bermain sambil menderma diteruskan sehingga jam 12.30 tengah hari. Pelbagai permainan menjana minda seperti memancing nyamuk, Laluan Sonik dan Saya Hero turut diadakan. Kepada murid yang berjaya melepasi permainan tersebut, hadiah boleh dituntut serta merta di meja penganjur. Setiap permainan hanya perlu mendapatkan kupon dengan membayar RM1 di meja penganjur. Pertandingan mewarna tahap 1 dan pertandingan melukis poster untuk tahap 2 juga turut diadakan. Program berjalan dengan baik dan lancar. Kutipan sumbangan digunakan srpenuhnya untuk membaik pulih bilil Dr. Muda.

Gambar sekitar program, klik sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

173514
Hari IniHari Ini32
SemalamSemalam364
Minggu IniMinggu Ini2943
Bulan IniBulan Ini9404