News
Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform diadakan pada hari Isnin minggu ke-3 setiap bulan. Guru dan murid-murid Tahap 2 dikehendaki memakai uniform lengkap badan beruniform masing-masing. Jawatankuasa tertinggi setiap badan beruniform akan mengendalikan perhimpunan rasmi mengikut giliran. Perhimpunan Bulanan pertama tahun ini telah dilaksanakan pada hari Isnin yang lalu (15 Januari 2018). 

Seluruh warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan Selamat Datang kepada Puan Noriah Bt Hj Ismail selaku guru besar yang baru menggantikan Puan Che Norizam Bt Abdullah serta Puan Noriyati Binti Pit sebagai Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menggantikan Puan Lily Rashimah yang bersara wajib pada bulan Oktober lalu.



Terima kasih Puan Che Norizam Bt Abdullah (Guru Besar) atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berada di SK Seri Bintang Utara. Puan Che Norizam merupakan guru besar kedua yang berkhidmat di SKSBU selepas persaraan Pn Junaidah Bt Tamby Hashim pada tahun 2015. Puan Che Norizam mula melaporkan diri di SKSBU pada 27 Julai 2015. Beliau sebelum itu merupakan guru besar SK Bangsar. Sepanjang pentadbiran di sekolah ini, pelbagai anugerah dan kejayaan telah beliau raih antaranya Tokoh Kepimpinan Guru Besar (Majlis Anugerah Guru Bestari YPC 2017), Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar 2015, Anugerah Sekolah 5 Bintang (SSQS) dan pelbagai lagi kejayaan-kejayaan lain dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

775921
Hari IniHari Ini214
SemalamSemalam262
Minggu IniMinggu Ini2630
Bulan IniBulan Ini9353