News
Sila kembalikan keratan pengesahan kehadiran kepada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 14 Januari 2020.
Murid-murid tahun 3 dan 4 boleh mendaftar unit kokurikulum pilihan masing-masing bermula jam 8 malam pada Jumaat, 3 Januari 2020. Pendaftaran atas talian akan ditutup pada Ahad 5 Januari 2020 pada jam 12 tengahari.

Berikut adalah pilihan unit Persatuan dan Permainan yang boleh dipilih oleh murid-murid Tahun 3.
Persatuan Permainan
Bahasa Melayu Agama Islam Bola Sepak Bola Tampar
Bahasa Inggeris Pencegahan Jenayah Olahraga Bola Baling
Matematik Robotik Badminton Hoki
Sains Komputer Ping-pong Catur
Seni Rekacipta Doktor Muda Sofbol
Kebudayaan & Muzik Fotografi & Videografi Bola Jaring
Rukunegara Sepak Takraw
Klik pautan ini untuk mendaftar.

Berikut adalah pilihan unit Badan Beruniform yang boleh dipilih oleh murid-murid Tahun 4.
Badan Beruniform
Bulan Sabit Merah Malaysia 
Pengakap Kanak-Kanak
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Pandu Puteri Tunas
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Klik pautan ini untuk mendaftar.

Nota:
1. Murid akan kekal di dalam unit kokurikulum yang telah didaftarkan sepanjang tempoh persekolahan di SK Seri Bintang Utara. Pertukaran unit tidak dibenarkan.
2. Kuota jumlah ahli telah disamaratakan; pendaftaran ahli berdasarkan dasar "first come, first served".
3. Untuk pendaftaran, ibubapa boleh menggunakan alamat e-mel Google Classroom atau mana-mana akaun e-mel yang aktif.


Sesi persekolahan tahun 2020 dimulakan secara rasmi pada hari ini 2 Januari 2020. Majlis dimulakan dengan taklimat daripada wakil guru bertugas, Pn Sareah bt Arshad diikuti dengan nyanyian 3 rangkaian lagu serta bacaan ikrar. Seterusnya, Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Pn Noriah bt Hj Ismail mengalu-alukan kedatangan murid-murid SK Seri Bintang Utara terutamanya anak-anak bongsu PraSekolah dan Tahun 1. Beliau mengingatkan kembali tentang peraturan-peraturan dan aspirasi sekolah bagi tahun 2020 sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Beliau juga memperkenalkan Pengawai Perhubungan Sekolah SKSBU, Kpl Mohd Hazri bin Ab. Halim, dari Balai Polis Cheras. 

SK Seri Bintang Utara mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan mengharapkan kecemerlangan sekolah dapat diteruskan sesuai dengan slogan "Committed Towards Excellence".

Galeri album hari pertama persekolahan 2020 boleh diakses di sini


Cuti panjang sempena Hari Malaysia yang lalu dimanfaatkan sebaiknya oleh warga kerja SK Seri Bintang Utara dengan merancang perjalanan ke utara semenanjung merentasi sempadan negara. Perjalanan bermula pada sebelah malam hari Jumaat dan tiba di Padang Besar pada keesokan pagi. Suasana di sempadan sangat sesak apabila rata-rata rakyat Malaysia turut menggunakan peluang cuti panjang ini untuk bercuti di negara jiran. Hampir 4 jam barulah urusan di Imigresen selesai. Perjalanan diteruskan ke bandar Hatyai dengan mengikut program yang dirancang. Melalui percutian singkat ini, ahli rombongan berpeluang membeli-belah di kawasan tumpuan pelancong dan menikmati pelbagai jenis makanan di Khlonghae Floating Market dan bufet makanan laut yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Setelah seharian berjalan, pada keesokan hari (15 September), selesai sarapan pagi, ahli rombongan bersiap sedia untuk program seterusnya iaitu kembali semula ke tanah air dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah untuk lawatan penanda aras. Terima kasih kepada pihak pengurusan SKDWK atas perkongsian ilmu dan layanan mesra yang diberikan. Sekolah yang hebat dalam pencapaian kokurikulum dan keberhasilan kemenjadian murid. Semoga terus cemerlang pada masa-masa akan datang. 

Klik sini untuk gambar-gambar sepanjang program.
Klik sini untuk rangkuman video di Hatyai
Klik sini untuk rangkuman video di SK Dato' Wan Kemara.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

174157
Hari IniHari Ini290
SemalamSemalam385
Minggu IniMinggu Ini592
Bulan IniBulan Ini10047