- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1195

13 Julai 2019 (Sabtu) - Penganjuran pertandingan yang julung kali diadakan di peringkat sekolah ini adalah inisiatif Unit Kokurikulum Sekolah bagi memberi peluang murid-murid menyerlahkan keupayaan masing-masing melalui persaingan yang sihat dalam permainan yang sedang trending ketika ini iaitu Beyblade. Beyblade sebenarnya berasal dan dicipta oleh sebuah syarikat mainan kanak-kanak di Jepun iaitu Takara Tomy dan dipasarkan bermula Julai 1999. Walaupun telah lama diperkenalkan, baru kini, ia menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak di negara kita. Pertandingan ini malah wujud di peringkat antarabangsa!
Di peringkat sekolah, pertandingan ini mendapat sambutan sangat hebat apabila menerima lebih dari 200 penyertaan. Pertandingan dijalankan melalui format penyingkiran di mana individu yang kalah dalam 3 pusingan pertarungan tersingkir dari pertandingan. Setelah melalui beberapa siri pertarungan, pertandingan akhir menyaksikan pertembungan antara Muhammad Farish Daniel (5K) dan Muhammad Arshad (4I). Pertarungan sengit perlawanan akhir ini telah menyaksikan Muhammad Arshad muncul juara edisi sulung kejohanan ini. Tahniah!
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Penglibatan murid melalui aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menghindarkan murid dari terlibat dalam gejala sosial.
Foto sekitar kejohanan di sini.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 1336

22 Jun 2019 (Sabtu) - SK Seri Bintang Utara telah menghantar kontinjen seramai 29 orang murid ke Putrajaya untuk menyertai Karnival Citranovasi dan Ceritera Sahabat Pengakap anjuran SK Putrajaya Presint 9(2), salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dalam negara. Pertandingan bertaraf kebangsaan ini telah menyaksikan beberapa pencapaian yang membanggakan oleh kontinjen sekolah. Daripada 15 jenis pertandingan yang ditawarkan, SKSBU telah menyertai sebanyak 9 jenis acara. Berikut merupakan pencapaian sekolah dalam karnival tersebut :
Pencapaian | Pertandingan |
Emas | 1. Roket Air (Sasaran) 2. Pandu Arah (TKRS) |
Perak | 1. Kuiz Bijak Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2. Bantu Mula (BBSM) 3. Gubahan Bunga (Puteri Islam) |
Gangsa | 1. Kuiz Bijak Sains 2. Kuiz Bijak Matematik 3. Sudoku 4. Memasak (Pandu Puteri Tunas) |
Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing yang komited dalam melatih tanpa mengira masa.
Klik sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.
Anda juga boleh klik pautan galeri foto dan video yag terdapat disebelah kanan laman web untuk aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Jangan lupa subscribe Saluran Youtube Sekolah, Bintang Broadcasting Studio.
- Details
- Written by Hafiz Tamizi
- Category: Blog
- Hits: 3389

18 Jun 2019 (Selasa) - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah disambut meriah dengan pelbagai hidangan dan juadah yang dibawa oleh warga sekolah terutamanya murid-murid. Turut memeriahkan sambutan apabila PIBG berbesar hati menyumbang makanan berupa ayam goreng pada hari berkenaan. Kemeriahan hari raya dirasai dengan adanya hiasan pentas bertemakan keindahan beraya di suasana kampung. Terima kasih kepada Cikgu Faiq dan pasukan yang telah mengorbankan masa dan tenaga bagi menyiapkan hiasan tersebut. Selesai sesi di sebelah pagi bersama murid, di sebelah petang pula, satu sesi jamuan 'Rumah Terbuka' telah diadakan dengan jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu dan Guru Besar sekolah-sekolah berhampiran. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua yang sudi meluangkan masa.
Lihat kemeriahan suasana Hari Raya di sini.