Blog


Pada 10 hingga 13 Ogos 2018 yang lalu , Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan PPT telah dijalankan bertempat di Wisma Pandu Puteri Kuala Lumpur , Brickfield. Sebanyak 6 buah sekolah rendah dengan penyertaan seramai 62 orang ahli PPT Kuala Lumpur . Dari SKSBU  ahli PPT yang terlibat adalah seramai tujuh orang . Kesemua mereka telah melalui 5 ujian dan cabaran Lencana Kecekapan sebelum ke cabaran Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya peringkat kebangsaan pada Oktober 2018 yang akan berlangsung di Johor Bharu .


Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 09 Ogos 2018 (Khamis) yang lalu. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah persembahan deklamasi sajak, persembahan koir dan nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan bendera. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan Muzik serta Pusat Sumber Sekolah sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Sayangi Malaysiaku'.

Majlis Pelancaran telah diadakan pada 24 Julai 2018 (Selasa) dan dirasmikan oleh Pn Noriah Bt Hj Ismail (Guru Besar SKSBU). Pelbagai persembahan menarik disajikan semasa program berlangsung termasuk persembahan guru-guru Bahasa Melayu. Rangkuman aktiviti boleh dilihat di sini atau melalui galeri foto. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dirancang sepanjang minggu ini bagi memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

Saksikan persembahan guru menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

<

21 Julai 2018 (Sabtu) - Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama membantu dalam aktiviti gotong-royong perdana pada tahun ini. Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi di Anjung Sekolah. Selesai sarapan pagi, satu majlis ringkas pelancaran HIP (High Immersive Program) telah diadakan di suatu sudut khas di Laman Bestari bertujuan memberi pendedahan terus kepada ibu bapa yang hadir mengenai program baru Kementerian Pendidikan ini. Penerangan telah disampaikan oleh wakil PIBG Pn Mohny Devi dan pelancaran oleh En Hakim Bin Hamzah (YDP PIBG). Seterusnya program diisi dengan persembahan Story Telling oleh adik Uzma Batrisyia dari Tahun 6 Bestari.



Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yand diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi.Program ini bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan positif terhadap pembelajaraan dan penggunaan Bahasa Inggeris.

Justeru, satu majlis pelancaran HIP anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan pada 16/7/2018 (Isnin) oleh Puan Noriah Binti Haji Ismail, guru besar SKSBU. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbir, PIBG SKSBU dan semua warga sekolah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program ini memberi impak positif kepada semua murid, guru dan komuniti SKSBU.

Lihat galeri foto untuk gambar sekitar majlis.

Pada 14 Julai 2018 (Sabtu) SKSBU telah menghantar peserta ke Karnival Sains, Matematik dan Bakat Muda Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1).

Keputusan pertandingan seperti yang berikut:



SK Seri Bintang Utara telah menyertai Karnival Kokuria Peringkat Kebangsaan (SBT) anjuran SK Perempuan Methodist, Kuantan Pahang pada 13-14 Julai yang lalu. Kontinjen SKSBU telah melakar beberapa kejayaan melalui pertandingan yang disertai. Rangkuman aktiviti dan kejayaan yang dicapai boleh dilihat melalui pautan gambar di sini.


Program Reading Rocks merupakan satu program khusus untuk memberi motivasi dan seterusnya melahirkan tabiat membaca buku Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SKSBU. Pelaksanan program ini bersifat pertandingan di mana bilangan buku terbanyak yang dicatatkan di buku Nilam akan diberi penghargaan mengikut aliran.

Justeru itu, satu majlis pemberian tropi dan lencana untuk pembaca terbanyak setiap aliran untuk Semester 1/2018 telah diadakan pada 9hb Julai 2018.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:
Tahun 1 : Nur Eryna Keysha Binti Mohd Hafiz (1 Cemerlang)
Tahun 2 : Puteri Khalisa Zahra Binti Mohd Hisham ( 2 Bestari)
Tahun 3 : Kushalini A/P Jason Rao (3 Bestari)
Tahun 4 : Hussein Bin Hakim (4 Bestari)
Tahun 5 : Roobananthan A/P Paramananthan ( 5 Inovatif)
Tahun 6 : Elly Mazlin Binti Mohd Zamir (6 Bestari)

14 Apr 2018 - SKSBU terus pamer kecemerlangan. Adik Hana Batrisyia dan Muhammad Afham yang muncul Johan dalam kategori masing-masing dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) di peringkat zon yang lalu meneruskan kecemerlangan semasa bertanding di peringkat negeri. Adik Hana Batrisyia mengharumkan nama sekolah apabila muncul johan negeri bagi kategori Tilawah al-Quran manakala Muhammad Afham muncul pemenang tempat ketiga bagi kategori Hafazan. Pertandingan telah diadakan pada 14 april (Sabtu) bertempat di SK Kiaramas. Tahniah diucapkan!

       Turut berlangsung pada hari yang sama ialah Festival Kesenian Islam (Peringkat Kebangsaan SBT) anjuran SK Convent Taiping, Perak. Festival ini melibatkan sekolah-sekolah dari seluruh negara yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi. SK Seri Bintang Utara di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi pertandingan yang diadakan antaranya pertandingan Kalam Jamaie, Nyanyian Arab dan pertandingan Bercerita.  Berikut adalah pencapaian sekolah dalam festival tersebut :

Pertandingan Pencapaian
1. Kalam Jama'ie Emas ke-3
2. Nyanyian Arab Perak pertama
3. Bercerita Emas ke-4

Tahniah diucapkan atas pencapaian yang ditunjukkan. Kejayaan hanya akan terhasil melalui latihan dan usaha keras yang sudah tentu menuntut pelbagai pengorbanan. Syabas dan Tahniah!

Lihat foto yang lain di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

784581
Hari IniHari Ini267
SemalamSemalam341
Minggu IniMinggu Ini2232
Bulan IniBulan Ini7546